Kuiz Ihya' Ramadhan 2012 - Rebut Kasih Ramadhan

10 Soalan | Total Attempts: 640

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Kuiz Ihya

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah memfardukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikan sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. Bersempena dengan kedatangan Ramadhan Al- Mubarak ini ISMA Mesir Cawangan Iskandariah mengadakan program Ihya' Ramadhan. Di samping itu, kuiz ini diadakan adalah untuk menguji minda kita sejauh mana kita mengambil tahu tentang bulan cinta ini dan beberapa sirah-sirah Islam. Semoga dengan kuiz ini akan menambahkan lagi pengetahuan di samping menaikkan semangat kita untuk menghadapi bulan ramadhan yang bakal kunjung tiba. ~Selamat mencuba~


Questions and Answers
  • 1. 
    Apakah yang dimaksudkan dengan berpuasa menurut istilah syarak?
    • A. 

      Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat

    • B. 

      Menahan diri daripada makan, minum , dan bercakap

    • C. 

      Menahan nafsu bermula dari terbit fajar hiingga terbenam matahari tidak disertai dengan niat

  • 2. 
    Seseorang yang bermusafir pada bulan Ramadhan:
    • A. 

      Harus berbuka dan tidak menggantikan puasanya

    • B. 

      Wajib berpuasa

    • C. 

      Harus berbuka dan menggantikan puasanya

  • 3. 
    Siapakah duta pertama dalam Islam, yang diutuskan oleh Rasulullah ke Madinah? 
    • A. 

      Saad bin Muaz

    • B. 

      Mus'ab bin Umair

    • C. 

      Ali bin Abu Taliib

  • 4. 
    Apakah dia sebaik-baik siang?
    • A. 

      Siang hari Arafah

    • B. 

      Siang hari Jumaat

    • C. 

      Siang hari Ramadhan

  • 5. 
    Hashim baru memeluk Islam pada subuh hari raya Aidilfitri sebaik sahaja selesai solat subuh. Apakah hukum zakat fitrah baginya? 
    • A. 

      Harus

    • B. 

      Wajib

    • C. 

      Sunat muakkad

  • 6. 
    Apakah pekerjaan yang dilakukan oleh semua para nabi?
    • A. 

      Memelihara kambing

    • B. 

      Berniaga

    • C. 

      Tukang besi

  • 7. 
    Pada peristiwa hitam Shabra dan Shatila, yahudi telah membunuh seramai 3500 umat islam Palestin. Bilakah peristiwa ini berlaku?
    • A. 

      Tahun 1948

    • B. 

      Tahun 1967

    • C. 

      Tahun 1982

  • 8. 
    Berikan mana-mana dalil yang anda tahu tentang bulan Ramadhan?
  • 9. 
    Apakah kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang anda tahu?
  • 10. 
    Apakah persediaan dan harapan anda untuk menghadapi Ramadhan yang bakal datang ini?
Back to Top Back to top