Cc 203 Concrete Technology : Test 1

20 Questions | Total Attempts: 53

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Cc 203 Concrete Technology : Test 1

PLEASE ANSWER ALL QUESTIONS GIVEN. SILA JAWAB SEMUA SOALAN YANG DIBERIKAN.


Questions and Answers
  • 1. 
    Konkrit boleh didefinisikan sebagai :
    • A. 

      Bahan yang dihasilkan apabila simen, batu baur halus, batu baur kasar, dan air digaul / dicampur mengikut nisbah tertentu dan dibiarkan mengeras untuk membentuk anggota struktur tertentu.

    • B. 

      Bahan yang dihasilkan apabila simen, batu baur halus, batu baur kasar, dan air digaul / dicampur mengikut nisbah 1:2:4 dan dibiarkan mengeras untuk membentuk anggota struktur tertentu.

    • C. 

      Bahan yang digunakan untuk membina sesebuah rumah atau bangunan dengan menggunaan simen, batu dan air sebagai bahan asas.

    • D. 

      Bahan yang dihasilkan apabila simen, batu baur halus, batu baur kasar, dan air digaul dan dibiarkan mengeras untuk membentuk anggota struktur tertentu.

  • 2. 
    Berikut merupakan nisbah bancuhan asas yang BENAR kecuali :
    • A. 

      1 : 2 : 4

    • B. 

      1 : 3 : 6

    • C. 

      1 : 3 : 4

    • D. 

      1 : 5 : 10

  • 3. 
    Nisbah bancuhan 1:5:10 merupakan salah satu bancuhan asas konkrit. Apakah kegunaannya?
    • A. 

      Lantai konkrit, jasad dan lain-lain lagi.

    • B. 

      Tapak tembok dalam peparit bagi kerja tanah keras.

    • C. 

      Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain lagi.

    • D. 

      Konkrit tegas dulu, tangki dan lain-lain.

  • 4. 
    Yang manakah BENAR tentang proses penghasilan konkrit.
    • A. 

      Air dicampur dengan simen menghasilkan tindakbalas kimia hidratan, ianya menjadi pasta simen dan seterusnya dicampurkan dengan pasir, maka terhasillah konkrit.

    • B. 

      Air dicampur dengan simen menghasilkan tindakbalas kimia, ianya menjadi pasta simen dan seterusnya dicampurkan dengan batu baur, maka terhasillah konkrit.

    • C. 

      Air dicampur dengan batu baur kasar menghasilkan tindakbalas kimia hidratan, ianya menjadi pasta simen dan seterusnya dicampurkan dengan batu baur, maka terhasillah konkrit.

    • D. 

      Air dicampur dengan simen menghasilkan tindakbalas kimia hidratan, ianya menjadi pasta simen dan seterusnya dicampurkan dengan batu baur, maka terhasillah konkrit.

  • 5. 
    Berikut merupakan faktor penyumbang kepada kualiti konkrit KECUALI :
    • A. 

      Kualiti bahan.

    • B. 

      Bilangan pekerja.

    • C. 

      Nisbah bancuhan.

    • D. 

      Pengawetan yang dilakukan.

  • 6. 
    Berikut merupakan sifat-sifat konkrit KECUALI :
    • A. 

      Konkrit mengeras dengan kehadiran air.

    • B. 

      Boleh dibentuk mengikut acuan yang digunakan.

    • C. 

      Tidak berkarat atau reput.

    • D. 

      Tidak tahan panas dan tidak terbakar

  • 7. 
    Berikut BENAR tentang syarat penyediaan konkrit yang baik kecuali :
    • A. 

      Batu baur mestilah keras, dan tahan lama.

    • B. 

      Kandungan simen mestilah mencukupi.

    • C. 

      Air mestilah bersih dan tidak mengandungi sebarang kotoran atau garam.

    • D. 

      Batu baur halus (pasir) mestilah diperolehi dari sungai sahaja.

  • 8. 
    Berikut merupakan kelebihan konkrit berbanding bahan lain KECUALI :
    • A. 

      Ringan

    • B. 

      Kukuh

    • C. 

      Kos yang murah

    • D. 

      Mudah didapati

  • 9. 
    Berikut merupakan contoh-contoh struktur (konkrit) KECUALI :
    • A. 

      Tiang

    • B. 

      Rasuk

    • C. 

      Papak lantai

    • D. 

      Simen fero

  • 10. 
    "konkrit berupaya menanggung beban yang besar, mempunyai daya rintangan lelasa, daya rintangan asid akan menghalang dari serangan kerosakan yang lain".  Pernyataan tersebut adalah benar dalam kontek apa?
    • A. 

      Perkembangan teknologi konkrit.

    • B. 

      Sejarah perkembangan konkrit.

    • C. 

      Konkrit dan kelebihannya di dunia.

    • D. 

      Perkembangan simen dan struktur konkrit.

  • 11. 
    Apakah penjelasan bagi konkrit tetulang?
    • A. 

      Penggunaan bar keluli yang ditempatkan dalam pembinaan struktur konkrit dapat menambahkan lagi keupayaan tanggung beban konkrit.

    • B. 

      Teknik yang popular dan sering dimajukan terutamanya untuk rentang yang luas.

    • C. 

      Untuk mengurangkan beban mati sesuatu bangunan, sifat penebatan yang baik bagi pembinaan dinding penebat.

    • D. 

      Semua di atas.

  • 12. 
    Apakah definisi simen ?
    • A. 

      Campuran batu baur kasar, halus dan air untuk dibentuk menjadi anggota struktur tertentu.

    • B. 

      Bahan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu baur kapur dan tanah liat serta mempunyai sifat kohesif dan adhesive.

    • C. 

      Bahan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu baur kapur dan tanah liat serta mempunyai sifat lekatan dan lekitan.

    • D. 

      Bahan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu baur kasar dan tanah liat serta mempunyai sifat lekatan dan lekitan.

  • 13. 
    Berikut merupakan jenis-jenis simen KECUALI :
    • A. 

      Simen portland haba

    • B. 

      Simen portland biasa

    • C. 

      Simen portland cepat mengeras

    • D. 

      Simen portland relau bagas

  • 14. 
    Dua contoh kaedah penyimpanan simen yang betul :
    • A. 

      Stor dan iglu.

    • B. 

      Silo dan mixer truck.

    • C. 

      Stor dan silo.

    • D. 

      Stor dan kilang simen.

  • 15. 
    4 proses utama pengilangan simen yang betul KECUALI :
    • A. 

      Menghancurkan bahan-bahan mentah supaya 95% akan lulus ayak no. 100.

    • B. 

      Menggaul bahan-bahan mentah mengikut kadar campuran yang sesuai.

    • C. 

      Memanaskan campuran menjadi panduan awal berupa batu kerikil.

    • D. 

      Menyimpan simen di tempat yang sepatutnya.

  • 16. 
    Dua proses penghasilan simen yang betul :
    • A. 

      Proses basah dan hidratan kimia.

    • B. 

      Proses Hidratan dan kering.

    • C. 

      Proses basah dan kelodak simen.

    • D. 

      Proses basah dan kering.

  • 17. 
    Berikut merupakan jenis-jenis ujian batu baur kasar KECUALI :
    • A. 

      Ujian hentaman.

    • B. 

      Ujian Vebe Consistemeter.

    • C. 

      Ujian Kehancuran dan nilai pecah.

    • D. 

      Ujian pemeringkatan batu baur

  • 18. 
    Dua (2) jenis ujian batu baur halus :
    • A. 

      Ujian kelodak dan hentaman.

    • B. 

      Ujian tapak tangan dan hentaman.

    • C. 

      Ujian hentaman dan kelodak.

    • D. 

      Ujian kelodak dan tapak tangan.

  • 19. 
    Sifat-sifat berikut benar tentang batu baur KECUALI :
    • A. 

      Kekuatan batu baur dan ikatannya.

    • B. 

      Saiz zarah dan agihannya

    • C. 

      Luas permukaan yang besar.

    • D. 

      Kekerasan mestilah melebihi kekerasan simen.

  • 20. 
    Peranan air yang BENAR dalam penghasilan konkrit :
    • A. 

      Air menyebarkan simen supaya setiap butir batu diliputi dengan rapat.

    • B. 

      Air dapat memberi likatan yang baik kepada konkrit.

    • C. 

      Air mampu menyebabkan batu baur melekat.

    • D. 

      Air laut sesuai untuk membancuh konkrit yang menggunakan simen portland haba rendah.

Back to Top Back to top