LATIHAN SIMPULAN BAHASA

10 Questions
Latihan Simpulan Bahasa

Klik pada jawapan yang betul.

Please wait...
Questions and Answers
  • 1. 
    Walaupun telah berunding selama lima jam, mereka masih belum mendapat ___________bagi menyelesaikan masalah yang rumit itu.
    • A. 

      Jalan keluar

    • B. 

      Jalan belakang

    • C. 

      Jalan pintas

    • D. 

      Jalan tengah

  • 2. 
      Oleh kerana Siti seorang yang sangat teliti, dia ____________ untuk menyiapkan kerja sekolahnya agar tidak melakukan kesilapan.  
    • A. 

      Mengambil masa

    • B. 

      Mengambil langkah

    • C. 

      Mengambil berkat

    • D. 

      Mengambil peluang

  • 3. 
    Kecantikan corak kain-kain batik itu menyebabkan pelancong Jepun itu _______sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya.  
    • A. 

      Gelap mata

    • B. 

      Putih mata

    • C. 

      Rambang mata

    • D. 

      Rabun mata

  • 4. 
    Budak yang ....................... itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran yang sedang diajar.  
    • A. 

      Ada hati

    • B. 

      Sampai hati

    • C. 

      Cekal hati

    • D. 

      Terang hati

  • 5. 
    Rahman merupakan _______________ pasukan Harimau. Tidak hairanlah segala kemahuannya dituruti.  
    • A. 

      Keras tulang

    • B. 

      Tulang belakang

    • C. 

      Ringan tulang

    • D. 

      Tulang empat kerat

  • 6. 
    Sahabat yang baik tidak patut _____________ kawan di hadapan rakan-rakan yang lain.  
    • A. 

      Membuka tembelang

    • B. 

      Membuka langkah

    • C. 

      Membuka mulut

    • D. 

      Membuka mata

  • 7. 
    Kita janganlah lekas marah dan terlalu mengikut _________________ nanti kita juga yang akan menyesal.  
    • A. 

      Darah gemuruh

    • B. 

      Darah daging

    • C. 

      Darah muda

    • D. 

      Darah dingin

  • 8. 
    Amran berkata, "Inilah ______________saya. Saya tidak akan pergi lagi ke situ."  
    • A. 

      Kata sepakat

    • B. 

      Kata hikmat

    • C. 

      Kata dua

    • D. 

      Kata putus

  • 9. 
    Mat Deris begitu ___________menanam pokok buah-buahan di sawah yang telah lama terbiar.  
    • A. 

      Ada hati

    • B. 

      Cekal hati

    • C. 

      Kecil hati

    • D. 

      Rendah hati

  • 10. 
    Sejak peristiwa itu Puan Salwa  ______________ untuk membenarkan anaknya menyertai perlawanan bola sepak.  
    • A. 

      Jauh hati

    • B. 

      Kecil hati

    • C. 

      Berat hati

    • D. 

      Patah hati