Sejauh Mana Anda Tahu Tentang An-nakbah?

20 Questions | Total Attempts: 579

SettingsSettingsSettings
Sejauh Mana Anda Tahu Tentang An-nakbah? - Quiz

Tragedi Nakbah 1948 merupakan detik hitam dalam sejarah rakyat Palestin dan umat Islam. Setiap daripada kita perlu mengambil tahu latarbelakang tragedi ini jika kita ingin memahami permasalahan Palestin yang masih berlarutan hingga ke hari ini. Kuiz ini akan menguji pengetahuan anda tentang an-Nakbah.Nota: Kuiz ini disediakan oleh Palestine Centre of Excellence (PACE), agensi di bawah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE)


Questions and Answers
  • 1. 
    Pada 29 November 1947, PBB telah meluluskan satu resolusi untuk membahagi-bahagikan tanah Palestin kepada wilayah Arab, wilayah Yahudi dan wilayah antarabangsa. Resolusi yang dimaksudkan ialah:
    • A. 

      Resolusi 194

    • B. 

      Resolusi 181

    • C. 

      Resolusi 242

    • D. 

      Resolusi 338

  • 2. 
    1. Apakah maksud ‘an-Nakbah’?
    • A. 

      Kesedihan kerana ramai rakyat Palestin dibunuh oleh kumpulan pengganas Zionis

    • B. 

      Malapetaka kerana tertubuhnya negara haram Israel

    • C. 

      Kesengsaraan penduduk Palestin yang dihalau keluar oleh Zionis Israel

    • D. 

      Peringatan detik kemerdekaan Israel

  • 3. 
    Siapakah yang menjajah Palestin sebelum kelahiran Israel pada tahun 1948?
    • A. 

      Perancis

    • B. 

      United States of America (US)

    • C. 

      Itali

    • D. 

      Britain

  • 4. 
    Apa itu Zionisme?
    • A. 

      Sebuah gerakan kebudayaan

    • B. 

      Sebuah gerakan keagamaan

    • C. 

      Sebuah gerakan politik

    • D. 

      Sebuah gerakan perdagangan/ekonomi

  • 5. 
    Siapakah pengasas idealogi Zionisme?
    • A. 

      Lord Rothschild

    • B. 

      Theodor Herzl

    • C. 

      Chaim Weizmann

    • D. 

      Herbert Samuel

  • 6. 
    Kerajaan British telah menjanjikan tanah Palestin kepada pihak Zionis melalui sepucuk surat pada tahun 1917 yang dikenali sebagai:
    • A. 

      Perjanjian Sykes-Picot

    • B. 

      Perjanjian Ha'avara

    • C. 

      Perjanjian Palestin

    • D. 

      Deklarasi Balfour

  • 7. 
    Mengapakah British berminat untuk bekerjasama dengan Zionis?
    • A. 

      Bagi menjamin kuasa British ke atas kawasan strategik seperti perairan ke India

    • B. 

      Bagi menghalang kewujudan kuasa besar Islam yang baru selepas jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah

    • C. 

      Bagi mengenang jasa Chaim Weizmann yang pernah membantu tentera British semasa Perang Dunia Pertama

    • D. 

      Semua di atas adalah benar

  • 8. 
    Siapakah Mufti Besar Palestin pada zaman penjajahan British yang kemudiannya menjadi tokoh besar jihad membebaskan Palestin?
    • A. 

      Al-Haj Amin al-Hussaini

    • B. 

      Musa Kazim al-Hussaini

    • C. 

      Abdul Qadir al-Hussaini

    • D. 

      Sheikh Ezzedeen al-Qassam

  • 9. 
    Antara faktor utama yang membolehkan Zionis mara dengan pantas mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin ialah kewujudan kumpulan pengganas Yahudi Zionis. Kumpulan pengganas Zionis yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Deir Yassin, Dawayma dan Naser Al-Din padatahun 1947-1948 ialah:
    • A. 

      Haganah, Irgun dan Stern Gang

    • B. 

      Haganah dan Palmach

    • C. 

      Stern Gang dan Lehi

    • D. 

      Haganah, Hashomer dan Ha-Yishuv

  • 10. 
    “Tanpa tindakan yang dilakukan di ____________, maka tidak akan wujud negara Israel.”“The Revolt”Oleh Menachem BeginTindakan yang dimaksudkan oleh Menachem Begin di atas pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk sebuah kampung berhampiran dengan Jerusalem dengan cara yang paling keji dan kejam. Ia menjadi bukti jenayah penghapusan etnik yang dilakukan oleh Zionis untuk merealisasikan penubuhan negara Israel. Apakah nama kampung tersebut?
    • A. 

      Al-Sheikh

    • B. 

      Deir Yassin

    • C. 

      Lydda

    • D. 

      Ramle

  • 11. 
    Siapakah tokoh Yahudi yang terlibat dalam tragedi ‘The Dahmash Mosque Massacre’ dan kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Israel?
    • A. 

      Yitzhak Rabin

    • B. 

      Theodor Herzl

    • C. 

      Herbert Samuel

    • D. 

      Lord Rothschild

  • 12. 
    Siapakah pengasas gerakan organisasi Jihad di Palestin pada tahun 1935?
    • A. 

      Al-Haj Amin al-Hussaini

    • B. 

      Musa Kazim al-Hussaini

    • C. 

      Sheikh Ezzedeen al-Qassam

    • D. 

      Abdul Qadir al-Hussaini

  • 13. 
    Berikut adalah badan-badan dan inisiatif yang ditubuhkan PBB untuk membantu menyelesaikan konflik Israel-Palestin kecuali:
    • A. 

      UNSCOP

    • B. 

      UNRWA

    • C. 

      UNISPAL

    • D. 

      UNHCR

  • 14. 
    Negara manakah mencatat jumlah pelarian Palestin paling tinggi?
    • A. 

      Israel

    • B. 

      Syria

    • C. 

      Jordan

    • D. 

      Lebanon

  • 15. 
    PBB telah bertindak tidak adil ketika membahagi-bahagikan tanah Palestin antara rakyat tempatan dan pendatang Yahudi melalui Resolusi 181. Berapa peratuskah kawasan yang diperuntukkan untuk minoriti Yahudi?
    • A. 

      77%

    • B. 

      57%

    • C. 

      47%

    • D. 

      17%

  • 16. 
    Tragedi Nakbah telah menyebabkan majoriti rakyat Palestin menjadi pelarian. Berapakah jumlah pelarian Palestin disebabkan tragedi Nakba 1948?
    • A. 

      750,000

    • B. 

      75,000

    • C. 

      7,500

    • D. 

      750

  • 17. 
    Berikut merupakan strategi yang digunakan oleh tentera dan pengganas Zionis ketika menyerang perkampungan Palestin pada tahun 1948 KECUALI:
    • A. 

      Menyamar sebagai tentera British

    • B. 

      Menyamar sebagai penduduk kampung

    • C. 

      Menyerang kawasan-kawasan yang mempunyai laluan strategik ke Baitulmaqdis

    • D. 

      Membina terowong bawah tanah

  • 18. 
    Resolusi 181 telah menyerahkan 57% daripada wilayah Palestin kepada Yahudi sungguhpun mereka adalah golongan minoriti dan golongan imigran/pendatang. Berapa peratuskah bilangan penduduk Yahudi di Palestin pada waktu itu?
    • A. 

      32%

    • B. 

      42%

    • C. 

      52%

    • D. 

      62%

  • 19. 
    Tragedi Nakbah telah mencetuskan peperangan antara Israel dan negara-negara Arab jiran yang dikenali sebagai Perang Arab-Israel 1948. Kekalahan negara Arab telah menyebabkan Israel berjaya merampas lebih banyak tanah berbanding yang diperuntukkan oleh PBB sebelum ini dalam Resolusi 181. Berapakah peratus keseluruhan tanah Palestin yang dirampas oleh Zionis Yahudi selepas berakhir perang tersebut?
    • A. 

      98%

    • B. 

      78%

    • C. 

      58%

    • D. 

      48%

  • 20. 
    Pada Perang Dunia Kedua, apakah peristiwa besar yang menyumbang kepada kepesatan penghijrahan komuniti Yahudi ke Palestin?
    • A. 

      Peristiwa ‘Holocaust’

    • B. 

      Peristiwa ‘Pearl Harbour’

    • C. 

      Peristiwa ‘Hiroshima dan Nagasaki’

    • D. 

      Peristiwa ‘Paris Peace Treaty’

Back to Top Back to top