Bab 1 - Sains Tingkatan 4

22 Questions | Total Attempts: 387

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Bab 1 - Sains Tingkatan 4

BAB 1 : PENYIASATAN SAINTIFIK.


Questions and Answers
  • 1. 
    Manakah antara pernyataan berikut menerangkan maksud sains dengan paling tepat?
    • A. 

      Ilmu pengetahuan tentang alam sekeliling yang tersusun dan kian berkembang mengikut penemuan yang baru

    • B. 

      Kajian angkasa lepas

    • C. 

      Penerangan tentang pencemaran alam sekitar

    • D. 

      Ciptaan alat yang semakin canggih

  • 2. 
    W : Membuat hipotesis X  : Mengumpulkan data Y  : Mengawal pemboleh ubah Z  : Mengenal pasti masalah W, X, Y, dan Z merupakan langkah-langkah yang terlibat dalam kaedah saintifik. Manakah merupakan turutan langkah yang betul?
    • A. 

      Z, W, Y, X

    • B. 

      W, Z, Y, X

    • C. 

      Z, Y, W, X

    • D. 

      Y, Z, W, X

  • 3. 
    Dalam proses sains, bagaimanakah hipotesis yang dibentuk dapat diuji?
    • A. 

      Melakukan eksperimen

    • B. 

      Mengenal pasti masalah

    • C. 

      Membuat inferens

    • D. 

      Membuat kesimpulan

  • 4. 
    Antara berikut, yang manakah menerangkan maksud hipotesis dengan paling tepat?
    • A. 

      Hipotesis ialah suatu pernyataan tentang hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas

    • B. 

      Hipotesis ialah suatu pernyataan mengenai penyiasatan yang kebenarannya telah dibuktikan

    • C. 

      Hipotesis ialah keputusan suatu penyiasatan

    • D. 

      Hipotesis ialah suatu tafsiran data yang dikumpulkan semasa penyiasatan

  • 5. 
    Mengapakah  penggunaan  kaedah  dan  teknik harus  dirancang sebelum memulakan suatu penyiasatan saintifik?
    • A. 

      Untuk memastikan data yang dikumpulkan adalah lebih tepat

    • B. 

      Untuk memudahkan pengumpulan data

    • C. 

      Untuk mengumpulkan data dengan lebih cepat

    • D. 

      Untuk menjalankan penyiasatan dengan mudah

  • 6. 
    Semasa merancang untuk suatu penyiasatan saintifik, perkara berikut dilakukan kecuali
    • A. 

      Menyenaraikan semua bahan dan radas yang sesuai digunakan

    • B. 

      Menentukan cara mengawal pemboleh ubah yang dimalarkan

    • C. 

      Memilih seberapa yang banyak pemboleh ubah yang dimanipulasikan

    • D. 

      Menentukan cara untuk mengumpulkan data

  • 7. 
     Dalam suatu eksperimen yang mengkaji perhubungan antara ayunan ladung dan panjang benang, yang manakah dipadankan dengan betul? Pemboleh ubah yang               Pemboleh ubah yang                        dimalarkan                            dimanipulasikan
    • A. 

      Panjang tali ladung                         Masa ayunan ladung

    • B. 

      Jisim ladung                                     Panjang tali ladung

    • C. 

      Masa ayunan ladung                       Bentuk ayunan

    • D. 

      Bentuk ladung                                Masa ayunan ladung

  • 8. 
    Semasa penyiasatan dijalankan, kita harus mengambil kira perkara-perkara yang berikut kecuali
    • A. 

      Mengambil sukatan sekali sahaja untuk menjimatkan masa

    • B. 

      Memastikan satu ayunan lengkap ialah dari X ke Y dan kembali ke X

    • C. 

      Memulakan jam randik selepas mengira dari 5, 4, 3, 2, 1, 0

    • D. 

      Memastikan susunan radas tidak terganggu oleh tiupan angin

  • 9. 
    Penyiasatan saintifik biasanya melibatkan deria berikut, kecuali
    • A. 

      Deria rasa

    • B. 

      Deria sentuh

    • C. 

      Deria penglihatan

    • D. 

      Deria pendengaran

  • 10. 
    Seorang pelajar hendak menyiasat bagaimana bahan berlainan mempengaruhi kadar pengembangan logam. Antara berikut, pemboleh ubah yang manakah tidak harus dimalarkan?
    • A. 

      Tekanan atmosfera

    • B. 

      Jenis bahan

    • C. 

      Haba yang dibekalkan

    • D. 

      Bentuk bahan

  • 11. 
    Antara pemboleh ubah berikut, yang manakah nilainya diperoleh melalui pemerhatian dalam suatu eksperimen?
    • A. 

      Pemboleh ubah bergerak balas

    • B. 

      Pemboleh ubah dimalarkan

    • C. 

      Pemboleh ubah dimanipulasikan

    • D. 

      Pemboleh ubah tidak bersandar

  • 12. 
    K  :  Tujuan L   :  Kesimpulan M :  Keputusan N  :  Prosedur Antara berikut, yang manakah ialah urutan langkah pelaporan eksperimen yang betul?
    • A. 

      K, L, M, N

    • B. 

      K, N, M, L

    • C. 

      K, N, L, M

    • D. 

      N, M, L, K

  • 13. 
    Rajah 2 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang mengkaji kesan pemanjangan spring dengan perubahan daya yang dikenakan ke atas spring. Apakah inferens yang dapat dibuat?
    • A. 

      Perubahan daya tidak memberi kesan ke atas pemanjangan spring

    • B. 

      Perubahan daya berkadar terus dengan pemanjangan spring

    • C. 

      Perubahan daya berkadar songsang dengan pemanjangan spring

    • D. 

      Spring terputus apabila daya yang besar dikenakan

  • 14. 
    Rajah 3 menunjukkan bahan-bahan tenggelam timbul dalam cecair-cecair yang berbeza.  Ketumpatan bahan-bahan disusun mengikut urutan ketumpatan yang semakin berkurang ialah
    • A. 

      K, L, M, O, P, Q

    • B. 

      Q, M, P, L, O, K

    • C. 

      K, O, L, P, M, Q

    • D. 

      O, P, Q, K, L, M

  • 15. 
    Perkara berikut mesti diperhatikan semasa suatu hipotesis dibuat, kecuali
    • A. 

      Memberi cadangan penerangan yang selaras dengan beberapa prinsip sains

    • B. 

      Mengubah data-data untuk menyokong hipotesis yang dibuat

    • C. 

      Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menerangkan sesuatu fenomena

    • D. 

      Mungkin terdapat cara-cara lain untuk menerangkan suatu kejadian

  • 16. 
    Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pemboleh ubah?
    • A. 

      Pemboleh ubah yang dimanipulasikan merupakan pemboleh ubah tak bersandar

    • B. 

      Perubahan pemboleh ubah yang bergerak balas ditentukan oleh pemboleh ubah yang dimalarkan

    • C. 

      Pemboleh ubah yang bergerak balas merupakan data yang dikumpulkan hasil daripada aktiviti penyiasatan

    • D. 

      Pemboleh ubah yang dimalarkan ialah pemboleh ubah yang ditetapkan semasa menjalankan eksperimen

  • 17. 
    Antara berikut, yang manakah bukan merupakan sikap saintifik dan nilai murni dalam menjalankan  penyiasatan saintifik?
    • A. 

      Jujur

    • B. 

      Bersistematik

    • C. 

      Meniru data-data daripada kawan sekelas

    • D. 

      Bertanggungjawab

  • 18. 
    Apakah langkah pertama yang harus dilakukan dalam sesuatu penyiasatan saintifik?
    • A. 

      Mengawal pemboleh ubah

    • B. 

      Mengenal pasti masalah

    • C. 

      Membuat hipotesis

    • D. 

      Membuat inferens

  • 19. 
    Antara berikut, yang manakah benar tentang sumbangan sains dalam kehidupan manusia?          I    Menjadikan kehidupan manusia lebih selesa        II     Membolehkan manusia berkomunikasi pada jarak jauh       III     Mengawal mutu hasil pertanian
    • A. 

      I dan II sahaja

    • B. 

      I dan III sahaja

    • C. 

      II dan III sahaja

    • D. 

      I, II, dan III

  • 20. 
    Rajah 4 di sebelah menunjukkan perubahan kadar fotosintesis sesuatu pokok  dengan suhu. Apakah pemboleh ubah yang dimanipulasikan?  
  • 21. 
    Berdasarkan rajah 4, Apakah pemboleh ubah yang bergerak balas?
  • 22. 
    Jelaskan maksud pemboleh ubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam suatu penyiasatan saintifik.    
Back to Top Back to top