Adakah Anda Seorang Introvert Atau Ekstrovert?

10 Questions | Attempts: 73265
Share

Adakah Anda Seorang Introvert Atau Ekstrovert? - Quiz

Adakah anda seorang Introvert atau Ekstrovert? Jawab 10 soalan mudah ini untuk ketahui personaliti anda. :)


You May Get

Ekstrovert

Anda seorang Ekstrovert!    Anda sangat sukakan pada suasana sosial. Berinteraksi dengan kawan atau orang asing memberi anda tenaga dan kepuasan.    Anda tahu apa yang anda mahu dalam hidup dan akan kejar apa yang anda mahu itu. Sifat anda yang proaktif menjadikan anda seorang yang bagus dalam situasi spontan dan selesa/tenang apabila berhadapan dengan konflik.  Jika diberi pilihan, anda sukakan pada suasana sosial yang memberi peluang untuk anda berjumpa dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.    Apabila anda berseorangan, anda mudah rasa bosan dan kesepian dan akan mula mencari orang untuk diajak bersosial. Anda sangat aktif dan sering berhubung dengan dunia di sekeliling anda dan ia memberi anda tenaga dan kepuasan. 

Ambivert

Anda seorang Ambivert!    Anda berada di tengah-tengah spektrum antara Introvert dan Ekstrovert. Tidak berat ke mana-mana, menjadikan anda seimbang dan mampu membina hubungan baik dengan kedua-dua mereka.    Anda boleh berada dalam suasana sosial yang ramai orang dan berinteraksi dengan mereka, tetapi mestilah ada orang yang anda kenali di situ. Malah apabila anda luangkan masa terlalu lama di situ, anda mudah lesu dan akan mula mencari-cari ruang untuk berseorangan diri tanpa ada sesiapa.    Anda mampu untuk seimbang dalam interaksi sosial. Apabila bersosial yang bising, anda mampu menjadi pendengar yang baik. Apabila bersosial dengan orang yang pendiam, anda mampu menjadi pengisi perbualan yang baik.    Anda seronok berjumpa dan berkenalan dengan kawan baru, asalkan ketika bertemu itu anda ditemani oleh seseorang yang anda memang sudah kenal.    Anda suka keluar rumah, tetapi ia bukan bermaksud anda suka bertemu dengan orang asing. Anda suka luangkan masa dengan diri sendiri, sama seperti anda suka luangkan masa dengan kawan (asalkan tidak melebihi 5-6 orang)    Apabila anda membaca karakteristik Introvert, anda rasa seperti anda Introvert. Apabila anda membaca mengenai Ekstrovert pula, pun anda dapat rasa itu diri anda. Kawan-kawan anda ada yang kata anda Introvert, ada juga kawan lain yang kata anda Ekstrovert. Ini bermaksud, anda di tengah-tengah!
& many more results.
Start this quiz to find your result.
Questions and Answers
  • 1. 
    Dalam suasana sosial yang ramai orang, saya selalu ada perasaan memerlukan ruang untuk saya berseorangan diri
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 2. 
    Saya sangat berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 3. 
    Ketika saya kecil, orang selalu mengatakan saya pendiam dan tak banyak bercakap seperti kanak-kanak lain.
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 4. 
    Suasana terlalu riuh, bunyi yang bising atau cahaya yang banyak boleh membuatkan saya cepat penat, lesu dan mahu berseorangan diri
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 5. 
    Saya tak mengambil risiko melainkan saya sudah jalankan dulu kajian sepenuhnya dan dapatkan maklumat secukupnya
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 6. 
    Saya menjadi cepat lesu apabila berada dalam suasana sosial yang ramai orang
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 7. 
    Saya tidak tergesa-gesa dalam memilih sesuatu atau membuat sebarang keputusan
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 8. 
    Saya rasa penat dan lesu selepas aktiviti keluar rumah, walaupun saya seronok dengannya
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 9. 
    Dalam suasana yang sunyi dan tenang, saya menjadi sangat produktif dan fokus dalam melakukan tugas saya
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

  • 10. 
    Saya sangat bersabar dan mampu menunggu untuk mendapatkan semua fakta dan informasi berkenaan sesuatu sebelum membuat keputusan
    • A. 

      Tidak menggambarkan diri saya. Sangat tidak bersetuju!

    • B. 

      Kadang-kadang ya, kadang-kadang tidak.

    • C. 

      Menggambarkan diri saya. Sangat bersetuju!

×

Wait!
Here's an interesting quiz for you.

We have other quizzes matching your interest.