Bersuci Daripada Najis

14 Questions | Attempts: 569
Share

SettingsSettingsSettings
Bersuci Daripada Najis - Quiz

Assalamualaikum. . . . Sekadar mengimbas pelajaran yang lalu, Bersuci daripada najis tajuk diberi, Janganlah segan, usahlah malu, Mari menguji kemampuan diri. . . Ha. . . Bila dah baca pantun di atas, sila jawab soalan-soalan di bawah. . . . Mulakan ia dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim. . . . SELAMAT MENJAWAB. . . . . . . . . . . .


Questions and Answers
  • 1. 

    Apakah maksud bersuci?

    • A.

      Membersihkan tubuh badan daripada najis dan hadas.

    • B.

      Membersihkan pakaian sahaja daripada najis dan hadas.

    • C.

      Membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis dan hadas.

    • D.

      Membersihkan pakaian dan tempat daripada najis dan hadas.

    Correct Answer
    C. Membersihkan tubuh badan, pakaian dan tempat daripada najis dan hadas.
    Explanation
    Bersuci diwajibkan bagi umat Islam kerana ia dapat menjaga kebersihan zahir dan batin bagi membantu mengelakkan diri daripada dijangkiti sebarang penyakit.

    Rate this question:

  • 2. 

    Najis ialah _______________________________________________________

    • A.

      Benda-benda kotor yang menjijikkan yang menyebabkan solat itu sah.

    • B.

      Benda-benda yang boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa menyucikannya

    • C.

      Benda-benda bersih dari segi syarak yang menyebabkan solat itu sah.

    • D.

      Benda-benda kotor dari segi syarak yang menyebabkan solat itu tidak sah.

    Correct Answer
    D. Benda-benda kotor dari segi syarak yang menyebabkan solat itu tidak sah.
    Explanation
    Najis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Najis Hukmi dan Najis Aini

    Rate this question:

  • 3. 

    Najis Hukmi ialah najis yang tidak dapat dilihat zatnya (sifatnya) tetapi dari segi hukum syarak ia tetap najis seperti:

    • A.

      Air kencing yang telah kering

    • B.

      Tahi cicak yang jatuh di lantai

    • C.

      Muntah yang belum dicuci

    • D.

      Bangkai tikus yang telah kering

    Correct Answer
    A. Air kencing yang telah kering
    Explanation
    'Zatnya' ialah salah satu sifat yang ada pada najis seperti warna, bau dan rasa.

    Rate this question:

  • 4. 

    Najis Aini ialah najis yang dapat dilihat zatnya walaupun telah kering iaitu:

    • A.

      Tahi mata

    • B.

      Air kencing yang telah kering

    • C.

      Darah yang sudah kering

    • D.

      Ikan kering

    Correct Answer
    C. Darah yang sudah kering
    Explanation
    'Zatnya' ialah salah satu sifat yang ada pada najis seperti warna, bau dan rasa.

    Rate this question:

  • 5. 

    Berapakah jenis-jenis najis?

    • A.

      Enam jenis

    • B.

      Lima jenis

    • C.

      Empat jenis

    • D.

      Tiga jenis

    Correct Answer
    D. Tiga jenis
    Explanation
    Jenis-jenis najis ada tiga iaitu: Muhaffafah, Mutawasitah dan Mughallazah

    Rate this question:

  • 6. 

    Najis Muhaffafah ialah najis ringan iaitu  air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur lebih 2 tahun, yang hanya meminum susu ibunya sahaja.

    • A.

      True

    • B.

      False

    Correct Answer
    B. False
    Explanation
    Najis Muhaffafah ialah najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur kurang 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja.

    Rate this question:

  • 7. 

    Najis Mutawasitah ialah najis sederhana seperti tahi, darah, nanah, bangkai, muntah dan arak.

    • A.

      True

    • B.

      False

    Correct Answer
    A. True
    Explanation
    Air kencing kanak-kanak yang melebihi usia 2 tahun termasuk dalam Najis Mutawasitah.

    Rate this question:

  • 8. 

    Najis Mughallazah ialah najis berat yang terdiri daripada anjing dan babi serta keturunannya.

    • A.

      True

    • B.

      False

    Correct Answer
    A. True
    Explanation
    Barang-barang yang diperbuat daripada anjing dan babi juga tergolong dalam Najis Mughallazah.

    Rate this question:

  • 9. 

    Hingus dan tahi mata adalah Najis Mutawasitah.

    • A.

      True

    • B.

      False

    Correct Answer
    B. False
    Explanation
    Hingus dan tahi mata tidak termasuk dalam kelompok najis. Ia adalah Najis Ma'fu atau 'Najis yang Dimaafkan' kerana ia tidak membatalkan wuduk atau solat seseorang itu.

    Rate this question:

  • 10. 

    Selain air mutlak, tulang juga boleh dijadikan sebagai alat untuk bersuci

    • A.

      True

    • B.

      False

    Correct Answer
    B. False
    Explanation
    Tidak digalakkan untuk menggunakan sebarang jenis tulang kerana ia bukan alat untuk bersuci disebabkan ia adalah salah satu bahagian anggota badan. Selain itu tulang merupakan makanan jin.

    Rate this question:

  • 11. 

    Air _____________________ digunakan untuk menyucikan najis.

    Correct Answer
    mutlak
    Explanation
    Air mutlak (ﻤﻄﻠﻖ) adalah air yang suci dan boleh menyucikan. Air tersebut dikatakan mutlak disebabkan air itu adalah dalam bentuk keasliannya. Air tersebut masih dikatakan air mutlak walaupun ia sudah berubah disebabkan sudah lama terbiar, dimasuki tanah, lumut dan bertakung atau tempat mengalirnya mengandungi belerang.

    Rate this question:

  • 12. 

    Cara menyucikan Najis Mughallazah:
    1. Bersihkan bahagian yang terkena najis.
    2. Basuh sebanyak tujuh kali. Sekali daripadanya mesti menggunakan air tanah yang bersih.
    3. Gunakan air mutlak untuk membuat basuhan seterusnya sebanyak _________ kali sehingga hilang bau, warna dan rasa.

    Correct Answer
    enam
    Explanation
    Cara menyucikan Najis Mughallazah ini dikenali sebagai 'samak'.

    Rate this question:

  • 13. 

    Cara menyucikan Najis Mukhaffafah:
    1. Basuh bahagian yang terkena najis dan lap.
    2. Percikkan air di tempat yang terkena najis.
    3. __________ dengan kain bersih sehingga kering.

    Correct Answer
    Lap
  • 14. 

    Antara hikmah orang yang mementingkan kebersihan ini ialah: Amalan ibadahnya akan _________________ oleh Allah.

    Correct Answer
    diterima

Quiz Review Timeline +

Our quizzes are rigorously reviewed, monitored and continuously updated by our expert board to maintain accuracy, relevance, and timeliness.

  • Current Version
  • Mar 14, 2022
    Quiz Edited by
    ProProfs Editorial Team
  • Dec 13, 2018
    Quiz Created by
    Najibrofie
Back to Top Back to top
Advertisement