Audit Tatabahasa 2

10 Soalan | Attempts: 140
Share

SettingsSettingsSettings
Audit Tatabahasa 2 - Quiz

Melestarikan Keupayaan Berbahasa Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Kebitaraan Bahasa Melayu


Questions and Answers
  • 1. 

    Kerja .......................................jalan di kawasan pedalaman itu sudah bermula.

    • A.

      Memperlebarkan

    • B.

      Melebarkan

    • C.

      Memperlebar

    • D.

      Lebarkan

    Correct Answer
    C. Memperlebar
    Explanation
    Kata adjektif hanya menerima imbuhan awalan mempeR- dan tidak menerima imbuhan apitan mempeR-…-kan.

    Rate this question:

  • 2. 

    Husna bersama-sama dengan ibunya membeli keperluan dapur di pasar malam.

    • A.

      BETUL

    • B.

      SALAH

    Correct Answer
    B. SALAH
    Explanation
    Penggandaan kata dengan dan bersama-sama tidak boleh disekalikan dalam ayat kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Pilih salah satu, sama ada kata “dengan” atau perkataan “bersama-sama”.

    Rate this question:

  • 3. 

    Komputer riba yang baharu itu terletak atas meja Cikgu Manaf.

    • A.

      BETUL

    • B.

      SALAH

    Correct Answer
    B. SALAH
    Explanation
    Perkataan “atas” dan “di atas” dalam ayat membawa maksud yang berbeza. Perkataan “atas” merujuk perkara yang abstrak atau bukan tempat manakala “di atas” pula merujuk tempat atau arah tertentu.

    Rate this question:

  • 4. 

    Kakak menambahkan .................................. ros ke dalam air sirap itu kerana warnanya kurang merah.

    Correct Answer
    perasa
    Explanation
    Penggunaan kata yang tepat dapat memberikan makna atau maklumat yang paling tepat kepada sesuatu pernyataan dalam ayat. Perbezaan yang membawa maksud ketara dalam frasa “perisa” dengan “perasa”. Frasa “perisa” membawa maksud enak, lazat atau sedap “perasa” pula bermaksud rasa seakan-akan.

    Rate this question:

  • 5. 

    ............................... jalan digunakan bagi menyekat lori pasir memasuki kawasan itu.

    • A.

      Penghad

    • B.

      Pengehad

    • C.

      Pengehadkan

    Correct Answer
    B. Pengehad
    Explanation
    Penggunaan kata berimbuhan awalan peng- menjadi penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu contohnya, (bom-pengebom), (syor-pengesyor) dan (pam-mengepam). Penggunaan kata berimbuhan apitan peN-...-an menjadi penge-...-an diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu contohnya, (bom-pengeboman) dan (bumi-pengebumian).

    Rate this question:

  • 6. 

    Dia berasa sesal atas perbuatannya menggelapkan wang majikannya.

    • A.

      Betul

    • B.

      Salah

    Correct Answer
    A. Betul
    Explanation
    Penggunaan kata “kesal” dan “sesal” seakan-akan sama. Merujuki kamus “kesal” diberi erti “rasa tidak senang atau kecewa; rasa marah”. Manakala kata “sesal” pula bererti “rasa tidak senang akan dosa, insaf”.

    Rate this question:

  • 7. 

    Saya tidak .......................... berfikir dengan baik apabila diganggu oleh bunyi bising.

    • A.

      Boleh

    • B.

      Dapat

    Correct Answer
    B. Dapat
    Explanation
    Berdasarkan penggunaan sahari-hari, kata “boleh” dan “dapat” seakan-akan mempunyai makna yang sama. Namun demikian, sebenarnya kedua-dua kata itu mempunyai makna yang berbeda. Kata “boleh” pula dikaitkan dengan keizinan, kata “dapat” pula membawa maksud keupayaan atau kemampuan.

    Rate this question:

  • 8. 

    Puan Lili membeli tiga kilograms ............................... di Kedai Jeruk Pak Ali.

    • A.

      Jeruk mangga

    • B.

      Mangga jeruk

    Correct Answer
    B. Mangga jeruk
  • 9. 

    Dia terlalu sayangkan kereta mainan kawalan jauh yang baru dibelinya itu.

    • A.

      Betul

    • B.

      Salah

    Correct Answer
    B. Salah
    Explanation
    Kata sendi nama “akan” di hadapan manusia dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif bersifat emotif (perasaan atau emosi manusia) Kata adjektif bersifat emotif ini tidak boleh diimbuhkan dengan akhiran ...-kan. Contohnya, (sayangkan sepatutnya sayang akan), (marahkan sepatutnya marah akan).

    Rate this question:

Quiz Review Timeline +

Our quizzes are rigorously reviewed, monitored and continuously updated by our expert board to maintain accuracy, relevance, and timeliness.

  • Current Version
  • Dec 31, 2016
    Quiz Edited by
    ProProfs Editorial Team
  • Dec 28, 2016
    Quiz Created by
    Harlinda Sisc
Back to Top Back to top
Advertisement
×

Wait!
Here's an interesting quiz for you.

We have other quizzes matching your interest.