Tutorial 3: Prinsip Ekonomi - Keanjalan (Soalan Past Mid Sem)

10 Soalan | Total Attempts: 457

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Tutorial 3: Prinsip Ekonomi - Keanjalan (Soalan Past Mid Sem)

SILA JAWAB DENGAN MENGGUNAKAN HURUF BESAR


Questions and Answers
  • 1. 
      Andaikan bahawa harga asal raket badminton adalah P0 dan kuantiti asal adalah Q0. Apabila jualan murah raket badminton dijalankan, menyebabkan harganya berkurangan kepada P1 per unit iaitu sebanyak 15 peratus dan kuantiti diminta berkurangan sebanyak 8 peratus setiap minggu. Yang manakah antara keluk permintaan di atas yang menunjukkan situasi pada minggu ke tiga? A. D1 B. D2 C. D3 D. D4
  • 2. 
    Syarikat A menjual Skrap Badan Koko yang diperbuat daripada koko. Apabila harga skrap badan Koko ini meningkat sebanyak 5 peratus, apakah yang akan terjadi kepada kuantiti permintaan bagi koko sekiranya keanjalan permintaan harga adalah anjal? A. Kuantiti koko yang diminta meningkat sebanyak 15 peratus. B. Kuantiti koko yang diminta menurun sebanyak 10 peratus. C. Kuantiti koko yang diminta meningkat sebanyak 5 peratus. D. Tiada perubahan berlaku kepada kuantiti koko diminta.
  • 3. 
    3. Keanjalan permintaan dan penawaran harga bagi barang A sentiasa dalam keadaan tidak anjal. Contoh barangan A adalah:-   A. Barangan elektrik.   B. Barangan makanan.   C. Barangan kosmetik.   D. Barangan kraftangan.
  • 4. 
    Price of Good B Quantity Demanded for Good C Quantity Demanded for Good D RM5 15 15 RM10 25 13 4. Dengan menggunakan rumus titik tengah, kirakan keanjalan silang bagi barang C dan D, apabila harga barang B meningkat daripada RM5 kepada RM10.   A. 0.374 dan -1.501   B. 0.75 dan -1.285   C. 0.79 dan -1.272   D. 0.86 dan -1.325
  • 5. 
    5. Apakah contoh barang  C dan D jika barang B adalah  jam  digital?   A. Jam atom dan bom atom.   B. Jam matahari dan tenaga solar.   C. Jam mekanikal dan  bayaran  mekanik.   D. Jam analog dan bateri.
  • 6. 
    6. Apabila harga Kopi Kapal Api meningkat:   A. Kuantiti permintaan bagi Kopi Kapal Laut meningkat.   B. Kuantiti permintaan bagi gula berkurangan.   C. Kuantiti permintaan bagi Coffe-mate berkurangan.   D. Semua jawapan di atas adalah BENAR.
  • 7. 
    7. Apakah jenis keanjalan penawaran harga bagi barang B jika kecerunan keluk penawaran barang B bernilai infiniti?   A. Tidak anjal sempurna.   B. Anjal sempurna.   C. Anjal.   D. Tidak anjal.
  • 8. 
    8. Kuantiti diminta bagi pakaian miningkat daripada 140 kepada 180 apabila pendapatan meningkat daripada RM1,500 kepada RM2,000 sebulan. Berapakah nilai kenajalan pendapatan bagi pakaian?   A. 1.143   B. 0.875   C. 0.785   D. 1.413
  • 9. 
    9. Berdasarkan rajah di atas, peralihan daripada titik A ke titik B menunjukkan nilai keanjalan penawaran yang:   A. Lebih tinggi.   B. Lebih rendah.   C. Tidak berubah.   D. Semua jawapan di atas adalah BENAR.
  • 10. 
    10. Siti mendapat duit poket setiap minggu dan membelanjakan keseluruhan pendapatannya untuk membeli strawberry split. Permintaannya untuk strawberry split akan meningkat apabila wang poketnya meningkat. Apakah nilai keanjanlan pendapatan bagi strawberry split?   A. Ey > 1   B. Ey is 1   C. Ey < 1   D. Ey= 0
Back to Top Back to top