Take Another Quiz

PRAKTIS 1

16 Soalan
Praktis 1

Bahagian Sistem Bahasa.Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.Soalan 1 hingga soalan 17.Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Please wait...
Questions and Answers
  • 1. 
     "Sultan menangguhkan hasrat .......... untuk menemui rakyat jelata kerana puterinya sedang ..........," kata Bendahara.
    • A. 

      Beta...sakit

    • B. 

      Beliau...uzur

    • C. 

      Tuanku...lemah

    • D. 

      Baginda...gering

  • 2. 
    Pelbagai projek pembangunan dirancang bagi meningkatkan.......... rakyat di negara ini.
    • A. 

      Sara hidup

    • B. 

      Gaya hidup

    • C. 

      Taraf hidup

    • D. 

      Kos hidup

  • 3. 
    Kehidupan nelayan kian .......... sepanjang musim tengkujuh.
    • A. 

      Terdesak

    • B. 

      Terhimpit

    • C. 

      Terdorong

    • D. 

      Terkandas

  • 4. 
    Kita mesti sentiasa .......... undang-undang negara demi kesejahteraan hidup.
    • A. 

      Menghormati

    • B. 

      Menghargai

    • C. 

      Mematuhi

    • D. 

      Mengikuti

  • 5. 
    Gunawan dan Rafik berteduh di perhentian bas .......... hujan turun dengan lebat.
    • A. 

      Bila

    • B. 

      Maka

    • C. 

      Apabila

    • D. 

      Manakala

  • 6. 
    .......... pendatang asing di negara ini menimbulkan pelbagai masalah sosial.
    • A. 

      Kepadatan

    • B. 

      Keramaian

    • C. 

      Kebanjiran

    • D. 

      Ketandusan

  • 7. 
    Sepasukan anggota polis sedang .......... perhimpunan haram yang diadakan di bandar itu.
    • A. 

      Menghentikan

    • B. 

      Menamatkan

    • C. 

      Menyuraikan

    • D. 

      Menceraikan

  • 8. 
    Sebuah jentolak digunakan untuk mengorek pasir bagi menambahkan ......... sungai itu.
    • A. 

      Dalaman

    • B. 

      Mendalami

    • C. 

      Kedalaman

    • D. 

      Pendalaman

  • 9. 
    Bas persiaran itu dipandu perlahan ketika melalui jalan tanah tinggi cameron yang ........
    • A. 

      Bersimpang- siur

    • B. 

      Berbengkang- bengkok

    • C. 

      Bergunung- ganang

    • D. 

      Berherot- berot

  • 10. 
    Wassini rajin mengulang kaji pelajaran. .........., dia selalu mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan.
    • A. 

      Namun begitu

    • B. 

      Justeru itu

    • C. 

      Akan tetapi

    • D. 

      Di samping itu

  • 11. 
    Kata-kata nasihat Cikgu Ruhaini dalam majlis perpisahan dahulu masih ......... di telingaku.
    • A. 

      Bermain-main

    • B. 

      Berdesing-desing

    • C. 

      Terbayang-bayang

    • D. 

      Terngiang-ngiang

  • 12. 
    Peragawati yang ......... itu sedang memperagakan kebaya moden rekaan seorang pereka fesyen terkenal.
    • A. 

      Kecil molek

    • B. 

      Tinggi lampai

    • C. 

      Gemuk pendek

    • D. 

      Kurus kering

  • 13. 
    Marlia menurut sahaja kata-kata Nora .........
    • A. 

      Seperti isi dengan kuku

    • B. 

      Seperti kera kena belacan

    • C. 

      Seperti kerbau dicucuk hidung

    • D. 

      Seperti katak di bawah tempurung

  • 14. 
    Harith suka membaca buku pada waktu senggang, terutama pada masa cuti sekolah.perkataan seerti bagi senggang ialah
    • A. 

      Sibuk

    • B. 

      Terluang

    • C. 

      Terganggu

    • D. 

      Senang

  • 15. 
    Guru Besar menzahirkan rasa kesalnya atas peningkatan kes buli di sekolah.perkataan berlawan bagi menzahirkan ialah
    • A. 

      Mengatakan

    • B. 

      Menyembunyikan

    • C. 

      Menghilangkan

    • D. 

      Melupakan

  • 16. 
    Penduduk yang tinggal di kawasan kaki cerun bukit mulai ......... apabila hujan lebat.
    • A. 

      Gusar

    • B. 

      Kacau

    • C. 

      Pelik

    • D. 

      Kalut