Take Another Quiz

PEMAHAMAN

6 Soalan
Pemahaman

Bahagian PemahamanSoalan 1Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Please wait...
Questions and Answers
  • 1. 
    KOTA KINABALU, Jumaat – Kesulitan belajar 200 orang murid dari dua buah sekolah rendah di sini diringankan apabila mereka menerima sumbangan pakaian dan kelengkapan sekolah daripada Tabung Prihatin Siswa-siswi di sini semalam, dalam satu program yang dipanggil Program Prihatin. Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan Persatuan Siswa-siswi Sabah.           Tabung Prihatin Siswa-siswi dilancarkan oleh Persatuan tersebut bertujuan untuk membantu golongan miskin di sabah, khususnya murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah. Dalam program prihatin itu, setiap murid menerima kelengkapan sekolah bernilai RM150 bagi meringankan beban ibu bapa apabila sesi persekolahan bermula. Sekolah-sekolah yang terlibat pada kali ini ialah sekolah Kebangsaan Peta dan sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya. Sumbangan disampaikan oleh presiden persatuan, Encik Raymond Sungkip dalam suatu majlis yang diadakan di sekolah kebangsaan peta, kota kinabalu.           “Saya amat berbesar hati dan terharu atas keprihatinan masyarakat terhadap kesulitan hidup murid-murid di sini,” kata Encik Jarod Langkut, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Peta dalam ucapan beliau. “Bantuan seperti ini sememangnya dapat meringankan beban keluarga dan diharap dapat menjadi perangsang kepada murid-murid untuk tekun belajar.”           Encik Raymond berharap agar program seumpama ini dapat dijadikan program tahunan Persatuan Siswa-siswi Sabah sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan persatuan itu.
  • 2. 
    Tabung Prihatin Siswa-siswi dibentuk oleh:
    • A. 

      Encik Raymond Sungkip

    • B. 

      Sekolah Kebangsaan Peta

    • C. 

      Persatuan Siswa-siswi Sabah

    • D. 

      Siswa-siswi Sabah

  • 3. 
    Apakah tujuan Tabung Prihatin Siswa-siswi ini dilancarkan?
    • A. 

      Untuk meringankan beban ibu bapa

    • B. 

      Untuk memberi perangsang kepada murid supaya tekun belajar

    • C. 

      Untuk membantu golongan miskin

    • D. 

      Untuk membantu golongan miskin di Sabah

  • 4. 
    Berapakah nilai keseluruhan sumbangan yang diberikan daripada Tabung Prihatin dalam program ini?
    • A. 

      RM150.00

    • B. 

      RM1500.00

    • C. 

      RM3000.00

    • D. 

      RM30 000.00

  • 5. 
    Pilih pernyataan yang tidak benar berdasarkan petikan.
    • A. 

      Program Prihatin merupakan aktiviti tahunan Persatuan Siswa-siswi Sabah

    • B. 

      Program Prihatin merupakan satu daripada aktiviti kemasyarakatan Persatuan Siswa-siswi Sabah.

    • C. 

      Sumbangan daripada Tabung Prihatin ini disampaikan oleh Encik Raymond Sungkip.

    • D. 

      Majlis penyampaian sumbangan diadakan di Sekolah Kebangsaan Peta, Kota Kinabalu, Sabah.

  • 6. 
    Rangkai kata berbesar hati dalam petikan bermaksud
    • A. 

      Gembira

    • B. 

      Bangga

    • C. 

      Senang hati

    • D. 

      Berterima kasih