PANTUN TEKA-TEKI

8 Soalan
Pantun Teka-teki

Mari kita menguji minda.

Please wait...
Questions and Answers
  • 1. 
    Terbang tinggi si burung helang Hinggap di atas pohon meranti Anak ramai ibunya seorang, Bila bergesel berapi-rapi?
  • 2. 
    Ada tubuh ada tangan, Tiada kepala tiada kaki; Sangat berguna waktu hujan, Apakah dia yang dimaksudkan ini.
  • 3. 
    Budak-budak ramai di pekan Hari raya membakar petas Kalau adik pandai kiasan Apakah buah gugur ke atas
  • 4. 
    Pergi umrah setiap tahun, Moga sentiasa murah rezeki Dalam batang ada daun, Dalam daun ada isi?
  • 5. 
    Bila kecil boleh ditiup, Sudah besar janganlah lagi, Kalau tercucuk ia meletup, Kalau terlepas terbangnya tinggi. 
  • 6. 
    Mulut manis hati nak baik, Itulah amalan turun temurun; Benda apa yang akan naik, Apabila saja hujan turun.
  • 7. 
    Hidup aman di dalam kota, Ada pemimpin bernama raja; Buruh-buruh rajin bekerja, Askar bertugas setiap masa.
  • 8. 
    Tinggi duduk di atas sekali, Bukan bulan bukan matahari; Bila malam ia berseri, Bila siang ia berganti.