Quiz Sains Tahun 6 Fokus Upsr.

19 Soalan | Total Attempts: 10651

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Quiz Sains Tahun 6 Fokus Upsr.

Questions and Answers
  • 1. 
    Apakah maksud pemuliharaan?
    • A. 

      Mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada asal supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang

    • B. 

      Mengekalkan keadaan asal haiwan dan tumbuhan daripada musnah

    • C. 

      Lenyapnya atau sudah tiada lagi haiwan di bumi ini

    • D. 

      Satu pihak mendapat manfaat manakala satu pihak mendapat kerugian

  • 2. 
    Nyatakan haiwan sudah pupus
    • A. 

      Orang utan

    • B. 

      Panda

    • C. 

      Quagga

    • D. 

      Tapir

  • 3. 
    Gugusan bintang yang membentuk [           ] yang tertentu di langit pada waktu malam ini dikenali sebagai buruj.
  • 4. 
    Kaedah pengawetan yang prosesnya melalui asap ialah
    • A. 

      Penyejukbekuan

    • B. 

      Pemasinan

    • C. 

      Pelilinan

    • D. 

      Penyalaian

  • 5. 
    Situasi mana yang menggunakan prinsip cahaya yang sama dengan gambar tersebut?
    • A. 

      Option 1

    • B. 

      Option 2

    • C. 

      Option 3

    • D. 

      Option 4

  • 6. 
    Adakah tapir haiwan yang diancam kepupusan?
    • A. 

      True

    • B. 

      False

  • 7. 
    Kesan daya menyebabkan bola ping pong kemik apabila dipukul.
    • A. 

      True

    • B. 

      False

  • 8. 
    Nyatakan jenis mikroorganisma bagi ameoba
    • A. 

      Alga

    • B. 

      Virus

    • C. 

      Fungi

    • D. 

      Protozoa

  • 9. 
    Nyatakan ciri khas haiwan untuk melindungi diri daripada cuaca melampau pada iklim panas.
    • A. 

      Berbonggol

    • B. 

      Berendam dalam lumpur

    • C. 

      Berbulu tebal

    • D. 

      Lapisan lemak tebal

  • 10. 
    Antara yang berikut, tindakan yang manakah tidak mematuhi peraturan bilik Sains?
    • A. 

      Menjalankan eksperimen mengikut arahan guru

    • B. 

      Menyusun kerusi dan mengemas bilik sains

    • C. 

      Membawa peralatan sains keluar tanpa pengetahuan guru

    • D. 

      Sampah dan sisa bahan dibuang ke dalam tong sampah

  • 11. 
    Sisa-sisa makanan yang tidak dicerna akan disingkirkan melalui dubur.Apakah proses penyingkiran sisa-sisa makanan ini?
    • A. 

      Penyahtinjaan

    • B. 

      Perkumuhan

    • C. 

      Pernafasan

    • D. 

      Pembiakan

  • 12. 
    Lintah dan cacing bernafas mnggunakan organ pernafasan X . Apakah X?
    • A. 

      Peparu & kulit lembap

    • B. 

      Insang

    • C. 

      Spirakel

    • D. 

      Kulit lembap

  • 13. 
    Apakah hubungan antara manusia dengan tumbuhan?
    • A. 

      Manusia tidak menghasilkan makanan

    • B. 

      Tumbuhan membebaskan oksigen untuk proses pernafasan manusia

    • C. 

      Manusia boleh menghasilkan oksigen sendiri

    • D. 

      Tumbuhan menghasilkan makanannya sendiri

  • 14. 
    Apakah unit piawai yang sesuai digunakan untuk mengukur jarak dari Johor ke Kelantan?
    • A. 

      Milimiter

    • B. 

      Meter

    • C. 

      Kilometer

    • D. 

      Sentimeter

  • 15. 
    Apakah sifat utama rakit?
    • A. 

      Berkarat

    • B. 

      Penebat haba

    • C. 

      Menyerap air

    • D. 

      Boleh terapung

  • 16. 
    Amin memasukkan sebatang paku besi ke dalam empat jenis kotak. Paku besi di dalam kotak yang manakah tidak akan berkarat?
    • A. 

      Kotak kayu

    • B. 

      Kotak plastik kedap udara

    • C. 

      Kotak besi

    • D. 

      Kotak polistirena

  • 17. 
    Antara yang berikut, planet yang manakah mengambil masa yang paling lama untuk mengelilingi Matahari?
    • A. 

      Neptun

    • B. 

      Musytari

    • C. 

      Utarid

    • D. 

      Zuhrah

  • 18. 
    Bumi ialah satu-satunya planet yang boleh nmenyokong hidupan.Mengapakah Bumi boleh menyokong hidupan?
    • A. 

      Bumi mempunyai air tetapi kekurangan udara

    • B. 

      Bumi mempunyai saiz yang besar jika dibandingkan dengan planet-planet yang lain

    • C. 

      Keadaan bumi yang kering dan panas

    • D. 

      Keadaan Bumi yang tidak terlalu sejuk atau tidak terlalu panas

  • 19. 
    Antara berikut, yang manakah kesan buruk daripada perkembangan teknologi?
    • A. 

      Penciptaan kereta menjimatkan masa perjalanan

    • B. 

      Penciptaan mesin gergaji membolehkan penebangan hutan yang berleluasa

    • C. 

      Penciptaan traktor yang menjimatkan tenaga manusia

    • D. 

      Penciptaan baja meningkatkan hasil pertanian

Back to Top Back to top