Sains Upsr Skkb Set 1

30 Soalan

Settings
Please wait...
Sains Upsr Skkb Set 1

.


Questions and Answers
  • 1. 
    Apakah maksud haiwan yang hidup bersendirian?
    • A. 

      Haiwan yang makan haiwan lain sahaja

    • B. 

      Haiwan yang dapat mencari makanan sendiri

    • C. 

      Haiwan yang tidak hidup secara berkumpulan

    • D. 

      Haiwan yang tidak membiak dengan haiwan lain

  • 2. 
    Antara haiwan yang berikut, yang manakah hidup bersendirian?
    • A. 

      Monyet

    • B. 

      Gajah

    • C. 

      Panda

    • D. 

      Rusa

  • 3. 
    Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah untuk menyiasat persaingan antara tumbuhan. J - Simpan kedua-dua bekas, P dan Q di dalam almari. K - Masukkan 5 biji kacang hijau ke dalam bekas P dan 20 biji kacang hijau ke dalam bekas Q. L - Selepas satu minggu, perhatikan pertumbuhan anak benih kacang hijau. M - Masukkan kapas lembap ke dalam dua bekas, P dan Q. Pilih urutan yang betul bagi langkah-langkah itu.
    • A. 

      M, K, J, L

    • B. 

      M, J, K, L

    • C. 

      J, K, L, M

    • D. 

      K, J, L, M

  • 4. 
    Badak Sumatra, Tapir dan Penyu adalah spesies haiwan terancam. Antara haiwan yang berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan yang sama?
    • A. 

      Burung pipit

    • B. 

      Burung gagak

    • C. 

      Burung merpati

    • D. 

      Burung kenyalang

  • 5. 
    Apakah maksud pemeliharaan?
    • A. 

      Cabaran untuk mendapatkan keperluan asas yang terhad

    • B. 

      Keadaan di mana spesies pupus dari Bumi

    • C. 

      Mengekalkan keadaan habitat hidupan liar

    • D. 

      Untuk memperbaiki keadaan ke bentuk asalnya untuk mengelakkan kepupusan

  • 6. 
    Maklumat berikut menunjukkan empat keadaan bagi sebiji bola. W - Bola berubah arah apabila ditanduk. X - Bola menjadi lebih ringan apabila angin dipam keluar. Y - Bola berhenti apabila ditangkap. Z - Bola terapung apabila dimasukkan ke dalam sebuah besen berisi air. Antara yang berikut, yang manakah kesan-kesan daya?
    • A. 

      W dan X

    • B. 

      W dan Y

    • C. 

      X dan Y

    • D. 

      Y dan Z

  • 7. 
    Segumpal tanah liat boleh dibentuk menjadi sebuah pasu. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat tentang kesan daya?
    • A. 

      Daya mengubah gerakan

    • B. 

      Daya mengubah bentuk

    • C. 

      Daya menentang gerakan

    • D. 

      Daya mengubah jisim

  • 8. 
    Penutup sebuah tingkap boleh laras sukar digerakkan. Apakah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
    • A. 

      Guna minyak pelincir

    • B. 

      Guna larutan garam

    • C. 

      Guna kusyen udara

    • D. 

      Pasang alas bebola

  • 9. 
    Apakah fungsi corak bunga pada tapak kasut?
    • A. 

      Membuatkan kasut kelihatan menarik

    • B. 

      Menambahkan geseran pada kasut

    • C. 

      Memastikan kasut tahan lebih lama

    • D. 

      Menambahkan jisim kasut

  • 10. 
    Maklumat berikut menunjukkan beberapa kesan daya geseran. J - Menghauskan permukaan suatu objek K - Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir L - Memperlahan kereta ketika kecemasan M - Menghasilkan haba di dalam enjin kereta Antara yang berikut, yang manakah keburukan daya geseran?
    • A. 

      J dan K

    • B. 

      J dan M

    • C. 

      K dan L

    • D. 

      L dan M

  • 11. 
    Antara maklumat berikut, yang manakah diperlukan untuk menentukan kelajuan satu objek yang sedang bergerak? I   Masa II  Jisim III Jarak IV Suhu
    • A. 

      I dan II

    • B. 

      I dan III

    • C. 

      II dan IV

    • D. 

      III dan IV

  • 12. 
    Sebuah bot bergerak sejauh 200 km dalam masa 2 jam. Apakah kelajuan bot itu?
    • A. 

      100 km/j

    • B. 

      120 km/j

    • C. 

      130 km/j

    • D. 

      140 km/j

  • 13. 
    Salleh mengambil masa 30 saat untuk menunggang basikal sejauh 360 m. Apakah kelajuan basikal itu?
    • A. 

      10 m/s

    • B. 

      12 m/s

    • C. 

      14 m/s

    • D. 

      15 m/s

  • 14. 
    Apakah maksud mikroorganisma?
    • A. 

      Hidupan yang hidup dalam udara.

    • B. 

      Hidupan yang melakukan proses hidup

    • C. 

      Hidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

    • D. 

      Hidupan yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit

  • 15. 
    Sepotong kek dibiarkan selama satu minggu. Kulat telah tumbuh pada kek itu.  Apakah keadaan yang menyebabkan kulat bertumbuh pada kek itu?
    • A. 

      Panas dan kering

    • B. 

      Dingin dan kering

    • C. 

      Panas dan lembap

    • D. 

      Dingin dan lembap

  • 16. 
    Seorang pembuat roti mendapati adunan rotinya tidak mengembang. Apakah yang harus dia lakukan untuk membuatkan adunan itu kembang?
    • A. 

      Bakar adunan itu dengan lebih lama

    • B. 

      Tambah sedikit air kepada adunan itu

    • C. 

      Tingkatkan suhu ketuhar

    • D. 

      Campur serbuk yis kepada adunan itu

  • 17. 
    Selepas 10 minit adunan roti yang dibakar dalam ketuhar mengembang. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
    • A. 

      Karbon dioksida masuk ke dalam adunan itu

    • B. 

      Yis mengeluarkan karbon dioksida

    • C. 

      Yis menyerap karbon dioksida

    • D. 

      Yis membiak dengan cepat

  • 18. 
    Antara makanan berikut, yang manakah diperbuat daripada mikroorganisma? I  Keju II Aiskrim III Minuman tin IV Roti
    • A. 

      I dan II

    • B. 

      I dan IV

    • C. 

      II dan III

    • D. 

      III dan Iv

  • 19. 
    Apakah maksud penyakit berjangkit?
    • A. 

      Penyakit yang disebabkan oleh virus

    • B. 

      Penyakit yang tidak dapat dirawat

    • C. 

      Penyakit yang dapat dijangkitkan kepada orang lain

    • D. 

      Penyakit yang dibawa oleh haiwan

  • 20. 
    Puan Siti sedang menyediakan makanan di dapur. Antara berikut yang manakah cara yang berkesan untuk mengelakkan penyebaran bakteria ke atas makanan?
    • A. 

      Memakai tudung kepala

    • B. 

      Memakai pakaian yang bersih

    • C. 

      Menghidangkan makanan dalam pinggan plastik

    • D. 

      Membasuh tangan dengan sabun sebelum mengendalikan makanan

  • 21. 
    Antara penyakit yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mikroorganisma yang berbahaya?
    • A. 

      Kanser peparu

    • B. 

      Leukemia

    • C. 

      Asma

    • D. 

      Selesema

  • 22. 
    Mimi menghidap cacar air. Antara cara berikut, yang manakah paling baik untuk mengelakkan penyakit itu daripada merebak?
    • A. 

      Minum air yang sudah dididihkan

    • B. 

      Letakkan Mimi dalam kuarantin

    • C. 

      Bersihkan badan dengan sabun

    • D. 

      Tutup cacar air dengan kain

  • 23. 
    Mengapakah manusia dan haiwan memerlukan tempat perlindungan? Mereka memerlukan tempat perlindungan untuk ........................
    • A. 

      Bernafas

    • B. 

      Membantu mereka membesar

    • C. 

      Melindungi diri daripada bahaya

    • D. 

      Terus hidup

  • 24. 
    Antara yang berikut, yang manakah kesan buruk masalah pembalakan?I   Hujan asidII  Tanah runtuhIII Banjir kilatIV Pencemaran air
    • A. 

      I dan II

    • B. 

      I dan IV

    • C. 

      II dan III

    • D. 

      III dan IV

  • 25. 
    Yang manakah antara haiwan berikut diburu untuk bulunya?
    • A. 

      Gambar 1

    • B. 

      Gambar 2

    • C. 

      Gambar 3

    • D. 

      Gambar 4

  • 26. 
    Rajah menunjukkan dua kawasan hutan yang dibuka secara meluas untuk aktiviti pertanian. Apakah yang akan berlaku jika aktiviti ini dilakukan secara berterusan? 
    • A. 

      Memusnahkan sumber makanan dan tempat tinggal haiwan

    • B. 

      Menyebabkan lebih banyak rumah ladang dibangunkan

    • C. 

      Menyebabkan kepupusan spesies tumbuhan sahaja

    • D. 

      Memusnahkan rumah manusia

  • 27. 
    Rajah  menunjukkan situasi di sebuah hutanPernyataan manakah yang betul bagi menerangkan situasi ini? 
    • A. 

      Ancaman terhadap spesies haiwan

    • B. 

      Persaingan antara haiwan

    • C. 

      Interaksi antara haiwan

    • D. 

      Kemusnahan alam sekitar

  • 28. 
    Rajah menunjukkan satu situasi.Yang manakah tindakan yang perlu diambil untuk mengelakkan situasi ini?I           Menempatkan lebih banyak tong sampah II          Membakar bahan buangan secara terbuka III         Menyediakan pusat kitar semula untuk proses kitar semula IV        Memproses bahan buangan menjadi baja kompos untuk tumbuhan 
    • A. 

      I, II dan III

    • B. 

      II, III dan IV

    • C. 

      I, II dan IV

    • D. 

      I, III dan IV

  • 29. 
    Rajah menunjukkan suatu penyiasatan. Apa yang berlaku kapada kacang hijau selepas tiga hari? 
    • A. 

      Warna berubah

    • B. 

      Tiada perubahan

    • C. 

      Bercambah

    • D. 

      Air kering

  • 30. 
    Pokok ubi kayu dan pokok bunga raya membiak melalui.......
    • A. 

      Keratan batang

    • B. 

      Spora

    • C. 

      Sulur

    • D. 

      Biji benih