Jom Ulang Kaji Bahasa Melayu!

25 Soalan | Total Attempts: 116

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Jom Ulang Kaji Bahasa Melayu!

Setiap murid perlu menjawab kesemua soalan. Pilih jawapan yang tepat, kemudian baca setiap nota yang ada pada setiap soalan.  

Sebarang ketidakfahaman boleh tanya di ruangan komen di Google Classroom Bahasa Melayu.  

Selamat Menjawab!


Questions and Answers
  • 1. 
    Puan Kamariah sentiasa _________ dengan sikap suaminya yang curang itu. 
    • A. 

      Makan dalam

    • B. 

      Makan hati

    • C. 

      Makan suap

    • D. 

      Makan ulam

  • 2. 
    Kumar menjadi __________ pasukan sekolahnya dalam perlawanan bola sepak pada petang tu. 
    • A. 

      Anak didik

    • B. 

      Ayam tambatan

    • C. 

      Kaki ayam

    • D. 

      Anak emas

  • 3. 
    Banyak usahawan ________ akibat kegawatan ekonomi yang melanda.
    • A. 

      Gulung tikar

    • B. 

      Harga mati

    • C. 

      Mata duitan

    • D. 

      Tawar hati

  • 4. 
    Pilih kata nama khas yang tepat berdasarkan gambar.
    • A. 

      Sang buaya

    • B. 

      Sang Buaya

  • 5. 
    Pilih kata nama khas yang tepat berdasarkan gambar. 
    • A. 

      Jalur Gemilang

    • B. 

      Jalur gemilang

  • 6. 
    "Ibu, duit ________ hilang, "kata Umair kepada ibunya.
    • A. 

      Kita

    • B. 

      Kami

    • C. 

      Saya

    • D. 

      Mereka

  • 7. 
    Dahlia dan Sarah bersahabat baik. _________ tinggal sekampung. 
    • A. 

      Dia

    • B. 

      Kita

    • C. 

      Kami

    • D. 

      Mereka

  • 8. 
    "Nah. ambil wang _______ !" kata emak sambil menghulurkan wang kepada abang. 
    • A. 

      Itu

    • B. 

      Ini

    • C. 

      Sini

    • D. 

      Situ

  • 9. 
    "Cuaca di ______ sungguh sejuk," kata Sabri sambil menahan kesejukan. 
    • A. 

      Mana

    • B. 

      Sini

    • C. 

      Situ

    • D. 

      Ini

  • 10. 
    Pemburu itu menembak rusa dengan menggunakan __________ senapang. 
    • A. 

      Sebuah

    • B. 

      Selaras

  • 11. 
    Ibu menyuruh saya membeli hanya 1 satu ______________ bunga mawar merah.
    • A. 

      Utas

    • B. 

      Kuntum

  • 12. 
    Ayah menyuruh saya membeli ____________ kain dan ______________ papan.
    • A. 

      Sekeping; sehelai

    • B. 

      Sehelai; sekeping

  • 13. 
    Budak itu makan 3 _______ epal dan 2 __________ durian.
    • A. 

      Bentuk; biji

    • B. 

      Biji; ulas

  • 14. 
    Datuk _________ kapak itu sehingga tajam. 
    • A. 

      Mengasah

    • B. 

      Mengayam

  • 15. 
    Ibu ________ air dengan cerek elektrik.
    • A. 

      Menjemur

    • B. 

      Menjerang

  • 16. 
    Mak Mira _________ bawang besar itu nipis-nipis. 
    • A. 

      Mengerat

    • B. 

      Menghiris

  • 17. 
    Adik muntah setelah menghidu tong sampah yang berbau ________ itu. 
    • A. 

      Busuk

    • B. 

      Harum

    • C. 

      Hangit

  • 18. 
    Siti berasa ________ untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.
    • A. 

      Cemas

    • B. 

      Gemuruh

  • 19. 
    Ibu ____________ setelah melihat adik memecahkan pasu bunga kesayangannya. 
    • A. 

      Masam macam cuka

    • B. 

      Tajam macam pisau

    • C. 

      Garang macam harimau

    • D. 

      Licin macam belut

  • 20. 
    Zali mendapat tempat pertama dalam acara lari pecut 100m. 
    • A. 

      Pantas seperti kilat

    • B. 

      Berani seperti singa

    • C. 

      Lambat macam kura-kura

  • 21. 
    Guru itu sering dipuji _______ rajin bekerja.
    • A. 

      Atau

    • B. 

      Jika

    • C. 

      Agar

    • D. 

      Kerana

  • 22. 
    Haji Ayob bukan sahaja pemurah _________ penyayang. 
    • A. 

      Dan

    • B. 

      Tetapi

    • C. 

      Manakala

    • D. 

      Walaupun

  • 23. 
    Faizal mengirim surat ________ kawannya. 
    • A. 

      Ke

    • B. 

      Dari

    • C. 

      Daripada

    • D. 

      Kepada

  • 24. 
    Pak Mahmud bekerja di ladang ________ pagi hingga _______ petang.
    • A. 

      Daripada; kepada

    • B. 

      Untuk; pada

    • C. 

      Dari; ke

Back to Top Back to top