Latihan Tatabahasa Menengah 4

50 Questions | Total Attempts: 404

SettingsSettingsSettings
Latihan Tatabahasa Menengah 4 - Quiz

Objektif kuiz ini adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada soalan-soalan dari pelbagai kategori tatabahasa dan untuk menguji tahap penguasaan bahasa Melayu pelajar.Selamat mengulangkaji!


Questions and Answers
  • 1. 
     ____ukir itu mahir menghasilkan corat ukiran yang rumit.
    • A. 

      Meng

    • B. 

      Pel

    • C. 

      Peng

    • D. 

      Mel

  • 2. 
    _____kerja yang rajin akan diberi ganjaran.
    • A. 

      Per

    • B. 

      Pe

    • C. 

      Pem

    • D. 

      Peng

  • 3. 
    ________________alam sekitar adalah kewajipan setiap penghuni bumi.
    • A. 

      Peliharai

    • B. 

      Mempeliharai

    • C. 

      Pemeliharaan

    • D. 

      Keterpeliharaan

  • 4. 
           Persidangan para ilmu___ dan sastera___ itu membincangkan kepentingan pembacaan sastera klasik dalam usaha untuk memupuk sifat budi___ di kalangan para belia___ kita.
    • A. 

      Wan…wan…wan…wan

    • B. 

      Wan…wan…man…wan

    • C. 

      Wan…man…wan…man

    • D. 

      Man…man…man…man

  • 5. 
     Akibat perbuatannya yang _________ batasan, Zahid telah _________ sekolahnya.
    • A. 

      Melampaui…disingkir

    • B. 

      Melampaui…menyingkir

    • C. 

      Melampau…disingkir

    • D. 

      Melampau…menyingkir

  • 6. 
    Annie telah membuat pilihan kerjayanya untuk menceburi profesion __________.
    • A. 

      Berguam

    • B. 

      Berguamkan

    • C. 

      Peguam

    • D. 

      Perguaman

  • 7. 
           Baju kurung yang _______ sup itu masih dipakai oleh Ana yang tidak suka _______ kebersihan dirinya sendiri.
    • A. 

      Ditumpah…penjagaan

    • B. 

      Menumpah…menjagai

    • C. 

      Ketumpahan…menjaga

    • D. 

      Penumpahan…dijaga

  • 8. 
    Menteri yang seterusnya yang akan ________ percakapannya di kabinet ialah menteri dari Kementerian Pendidikan Negara.
    • A. 

      Memperdengarkan

    • B. 

      Mendengar

    • C. 

      Mendengari

    • D. 

      Mendengarkan

  • 9. 
                  Sudah berpuluh-puluh tahun Pak Lebar _______ ke Mekah. Hasratnya ______ akhirnya kerana anaknya yang sudah dewasa dan _______ dapat menanggung kos lawatan yang mahal itu.
    • A. 

      Ingin…penuh…mampu

    • B. 

      Beringin...dipenuhi...bermampu

    • C. 

      Beringin…terpenuhi…berkemampuan

    • D. 

      Mengingi…terpenuhkan…berkemampuan

  • 10. 
                  Teguran dan kritikan yang diberikan oleh ______ adalah respons yang paling diharapkan oleh penulis yang ingin memajukan kualiti karyanya.
    • A. 

      Sejarahwan

    • B. 

      Cendekiawan

    • C. 

      Budayawan

    • D. 

      Dermawan

  • 11. 
                 Para penyokong ______ kegembiraan apabila pasukan kelab bola sepak kegemaran mereka menundukkan pasukan lawan.
    • A. 

      Terlonjak-lonjak

    • B. 

      Terkial-kial

    • C. 

      Terlalu-lalu

    • D. 

      Terlayang-layang

  • 12. 
    Lima batang ______ basikal patah akibat perlanggaran kelmarin.
    • A. 

      Dedaun

    • B. 

      Bebatang

    • C. 

      Tetulang

    • D. 

      Jejari

  • 13. 
    Bantal itu terburai menyebabkan ______nya bersepah di atas lantai.
    • A. 

      Bebunga

    • B. 

      Kekapu

    • C. 

      Kekapas

    • D. 

      Berisi

  • 14. 
     _____ akan diperlukan semasa menjawab soalan berkenaan dengan trigonometri.
    • A. 

      Sesiku

    • B. 

      Bebenang

    • C. 

      Bebaris

    • D. 

      Lelangit

  • 15. 
     Saya ______ dari Singapura ke Kuala Lumpur dengan menaiki kereta api.
    • A. 

      Ulang-alik

    • B. 

      Gerak-geri

    • C. 

      Serta-merta

    • D. 

      Karut-marut

  • 16. 
                Pemberontakan bersenjata dicetuskan dengan sekonyong-konyong, seluruh Negara menjadi ______ dan raja yang tidak berguna itu sudah awal berlari ______ demi keselamatan nyawanya.
    • A. 

      Aman damai…pontang-panting

    • B. 

      Kumat-kamit…tunggang-langgang

    • C. 

      Mundar-mandir…lintang-pukang

    • D. 

      Kucar-kacir…lintang-kedak

  • 17. 
    Parti-parti berlainan ______ dengan hangatnya dalam mesyuarat kabinet minggu lepas.
    • A. 

      Balas-membalas

    • B. 

      Bantu-membantu

    • C. 

      Bahas-membahas

    • D. 

      Buru-memburu

  • 18. 
     Peristiwa itu tidak pernah ______ dari ingatannya.
    • A. 

      Habis

    • B. 

      Kikis

    • C. 

      Muncul

    • D. 

      Lenyap

  • 19. 
    Kaki adik ______kerana memakai kasut baru yang dibeli oleh ayah.
    • A. 

      Melekat

    • B. 

      Melecek

    • C. 

      Melecut

    • D. 

      Melecet

  • 20. 
           Air ______ tiada putus. Dua orang bersaudara tidak akan dipisahkan oleh perselisihan.Daging yang ______ harus diperap dengan rempah.
    • A. 

      Dicencang…dicincang

    • B. 

      Dipangkas…dipengkas

    • C. 

      Dikerat…dikaret

    • D. 

      Diracik…diricak

  • 21. 
                 Walaupun sudah banyak kali ditegur guru, Amin tetap berbuat demikian. Beginilah yang dikatakan ______.
    • A. 

      Bagai aur dengan tebing

    • B. 

      Bagai air titik ke batu

    • C. 

      Bagai ayam disambar helang

    • D. 

      Bagai bulan dipagari bintang

  • 22. 
    Jenny: Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membantu saya. Shaun:     Hari ini hari awak. Mungkin esok hari saya pula.               Peribahasa yang paling sesuai untuk situasi di atas ialah
    • A. 

      Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

    • B. 

      Hari tidak selamanya panas

    • C. 

      Seperti tikus jatuh dib eras

    • D. 

      Seperti rusa masuk kampong

  • 23. 
    Pilih ayat-ayat yang mengandungi kata majmuk. I      “Kami akan memulakan latihan pada petang ini,” kata Encik Rajan kepada perenangnya. II     “Patik akan membanteras perompak yang bermaharajalela di hutan itu,” kata Laksamana Bentan kepada Sultan. III   Ibu berharap agar anak lelakinya akan menjadi gagah berani seperti Hang Tuah. IV    Butang bajunya terlepas dan tercicir semasa dia berjalan-jalan tadi.
    • A. 

      I dan II

    • B. 

      II dan III

    • C. 

      II, III dan IV

    • D. 

      I, II, III dan IV

  • 24. 
    Pilih ayat-ayat yang mengandungi kata majmuk. I      8 tahun berturut-turut suami dan isteri itu berhasrat untuk beranak, Tuhan akhirnya mengurniakan seorang cahaya mata kepadanya. II     “Raja yang adil dan pemurah akan disayangi oleh rakyatnya,” kata orang tua Raja Kelat sebelum mangkat. III   Menepati janji yang dibuat dahulu merupakan satu nilai murni yang harus kita amalkan. IV    Lagu-lagu dari seberang kian mendapat tempat di hati para peminat muzik Melayu.
    • A. 

      I dan III

    • B. 

      I dan IV

    • C. 

      I, III dan IV

    • D. 

      I, II, III dan IV

  • 25. 
    Pilih ayat-ayat yang mengandungi kata majmuk. I      Bos mengarahkan pekerjanya memusnahkan lalang di ladang besarnya dengan menggunakan mesin. II     Sikap Cikgu Isnin yang gemar bergurau senda dengan pelajarnya menyebabkan beliau disukai ramai. III   Dia pergi ke pekan untuk membeli barang-barang tetapi telanjur sampai ke panggung wayang. IV    Jururawat itu yang disingkir dari hospital itu sekarang bekerja sebagai jurujual.
    • A. 

      Tidak ada

    • B. 

      II dan III

    • C. 

      II, III dan IV

    • D. 

      I, II, III dan IV

Back to Top Back to top