Kamu Futuristik?

8 Questions | Total Attempts: 86

Please wait...
Kamu Futuristik?

SIKAP setiap individu sememangnya berbeza. Biarpun rambut sama hitam, namun mentaliti dan halatuju tetap tidak sama. Sesetengah individu sering berangan-angan dan memasang strategi untuk hari-hari yang bakal dilalui. Sesetengahnya pula lebih gemar menyusuri hari tanpa ingin memeningkan kepala memikirkan masa depan. Bagaimana pula dengan kamu? Adakah kamu juga mempunyai strategi tersendiri atau sebaliknya?


Questions and Answers
  • 1. 
    Pejabat kamu akan membuat rombakan besar-besaran dan kenaikan pangkat. Saat ini kamu tahu yang kamu perlu....
    • A. 

      Memantapkan lagi reputasi kamu dan harus menunjukkan kamu seorang pelajar/pekerja yang berdedikasi.

    • B. 

      Membuat satu strategi untuk membolehkan kamu memegang apa saja jawatan penting di dalam persatuan tersebut.

    • C. 

      Sememangnya berharap agar nama kamu akan ‘naik’ di dalam mesyuarat tersebut dan menjadi perhatian.

  • 2. 
    Apakah masalah atau isu yang sering terlintas di fikiran kamu saat ini?
    • A. 

      Bagaimana caranya untuk menyelesaikan isu politik negara.

    • B. 

      Bagaimana caranya untuk mencari seorang kekasih bagi mengubati kesunyian di hati.

    • C. 

      Bagaimana caranya untuk kamu merencanakan hidup kamu agar lebih sukses lagi.

  • 3. 
    Kamu memohon untuk menyambung pelajaran, bila surat tawaran tiba, kamu....
    • A. 

      Berikrar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan dalam masa singkat

    • B. 

      Bersedia dengan merancang komitmen terhadap pelajaran baru ini.

    • C. 

      Sudah membuat perancangan teliti dari masa ke semasa

  • 4. 
    Krisis yang melanda kamu di hari Isnin, apakah yang patut kamu lakukan?
    • A. 

      Sejak hari itu, kamu akan memastikan setiap kegiatan kamu pastinya akan direncana terlebih dahulu dan bukannya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.

    • B. 

      Kamu patut membaca buku motivasi iaitu bagaimana hendak mempertingkatkan diri kamu supaya lebih teratur lagi

    • C. 

      Memikirkan secara serius apa yang perlu kamu lakukan dan tinggalkan demi masa depan

  • 5. 
    Kamu memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi untuk menampung kehidupan kamu di bandar. Apakah yang patut kamu lakukan?
    • A. 

      Cari kerja part-time. Pastikan ianya tidak akan mengganggu pelajaran/kerja tetap kamu.

    • B. 

      Cari kerja lain yang lebih menjaminkan dan gajinya juga lumayan

    • C. 

      Buat strategi baru agar perbelanjaan kamu tidak melepasi sasaran dan kamu perlu juga menyimpan walaupun sedikit saja

  • 6. 
    Bila kamu memikirkan tentang masa depan, apakah imej yang sering kamu bayangkan di dalam fikiran?
    • A. 

      Berkelulusan tinggi, kerjaya yang stabil, kereta, rumah sendiri dan bla... bla.. bla..

    • B. 

      Suami/isteri, anak-anak dan keluarga bahagia

    • C. 

      Apa saja yang boleh membahagiakan hidup kamu

  • 7. 
    Kamu sangat excited tentang.... 
    • A. 

      Makan. Emm... bagi kamu tanpa makanan kamu tidak boleh meneruskan hidup!

    • B. 

      Duit. Kamu memang mementingkan duit hinggakan sanggup berusaha gigih untuk mengumpul banyak duit.

    • C. 

      Minggu-minggu yang akan datang. Kamu sering ternanti-nanti apakah perkara yang bakal kamu lalui kelak. Adakah ia akan menggembirakan kamu ataupun sebaliknya?

  • 8. 
    Kamu sering mencatatkan perkara-perkara yang bakal kamu lakukan tetapi sejak sebulan yang lalu....
    • A. 

      Semakin banyak perkara-perkara yang akan kamu lakukan dan pastikan ianya akan berjaya kamu laksanakan.

    • B. 

      Semakin penuh dengan pelbagai perkara tetapi kamu sendiri tidak pasti adakah kamu mampu laksanakan ataupun sekadar memenuhkan diari kamu saja.

    • C. 

      Memang banyak perkara yang kamu bakal lakukan tetapi sukar untuk disusun sebab terlalu padat hinggakan kepala kamu pening dibuatnya.