Take Another Quiz

Isi tempat kosong dengan jawapan kata hubung yang betul.

11 Soalan
Isi Tempat Kosong Dengan Jawapan Kata Hubung Yang Betul.
Please wait...
Questions and Answers
  • 1. 
    ___________ Encik Ramli telah dinaikkan pangkat, beliau tidak sombong.
    • A. 

      Sungguhpun

    • B. 

      Mahupun

    • C. 

      Sekalipun

    • D. 

      Jikalaupun

  • 2. 
    Rizal bermain – main dengan adiknya di hadapan sekolah ___________ menunggu kedatangan ibunya.
    • A. 

      Selepas

    • B. 

      Sementara

    • C. 

      Supaya

    • D. 

      Semenjak

  • 3. 
    Puan Siti tidak tahu sama ada hendak memakai baju kurung pahang ___________ baju kebaya untuk menghadiri konvokesyen anaknya.
    • A. 

      Dan

    • B. 

      Atau

    • C. 

      Lalu

    • D. 

      Serta

  • 4. 
    __________ hari telah larut malam, abang masih mengulang kaji pelajaran.
    • A. 

      Meskipun

    • B. 

      Ataupun

    • C. 

      Jikalaupun

    • D. 

      Namunpun

  • 5. 
    __________ menunggu Hanim, saya sempat menggoreng keropok lekor.
    • A. 

      Sejak

    • B. 

      Serta

    • C. 

      Semenjak

    • D. 

      Sambil

  • 6. 
    Nenek sedang menganyam __________ kami pulang dari sekolah.
    • A. 

      Apabila

    • B. 

      Sebelum

    • C. 

      Kerana

    • D. 

      Sambil

  • 7. 
    Labuci pada tengkuk baju kurung ____________ dipakai oleh Cikgu Amita dijahit oleh Puan Fatimah.
    • A. 

      Kecuali

    • B. 

      Sehingga

    • C. 

      Yang

    • D. 

      Namun

  • 8. 
    Najwa suka menjahit ____________ kakaknya suka mengumpul Majalah Saji.
    • A. 

      Lalu

    • B. 

      Dan

    • C. 

      Kecuali

    • D. 

      Tetapi

  • 9. 
    Ayah menyapu varnish pada kerusi rotan itu _________ kelihatan lebih cantik pada hari lebaran.
    • A. 

      Supaya

    • B. 

      Kerana

    • C. 

      Kalau

    • D. 

      Sungguhpun

  • 10. 
    Encik Malik berhasrat untuk belayar ke Sabah ___________ banyak halangan yang terpaksa ditempuhi.
    • A. 

      Manakala

    • B. 

      Meskipun

    • C. 

      Seandainya

    • D. 

      Kecuali

  • 11. 
    Ibu menegur adik kerana dia masih belum tidur ____________ jam menunjukkan pukul 11.00 malam.
    • A. 

      Apabila

    • B. 

      Meskipun

    • C. 

      Sementara

    • D. 

      Malahan