Geografi

10 Questions | Total Attempts: 30

SettingsSettingsSettings
Please wait...
Geografi

Geografi


Questions and Answers
  • 1. 
    1- Lima proses menegak dalam kitaran hidrologi ialah 
    • A. 

      Sejatan, sejat peluhan ,kerpasan, resapan, pemejalwapan.

    • B. 

      Transpirasi, hidrologi, fotosintesis, infiltrasi, pemejalwapan

    • C. 

      Hidrologi, kerpasan, fotosintesisi, resapan, sejatan

  • 2. 
    2- Maksudkan dengan kerpasan ialah..
    • A. 

      Air yang tidak menyusup masuk akan bergerak mengikut graviti sebagai air larian permukaan

    • B. 

      Lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk seperti pepejal (salji, hujan batu dan hujan beku) dan cecair (hujan dan embun).

    • C. 

      Ialah itisan hujan yang jatuh ke permukaan tanah dianggap sebagai satu pukulan kecil ke atas tanah

  • 3. 
    3-Maksud sejat peluhan ialah ?
    • A. 

      Aliran lumpur akan menutup liang tanah di bahagian permukaan menyebabkan titisan hujan tidak boleh menyusup masuk.

    • B. 

      Pukulan air yang dihasilkan oleh tenaga keupayaan dan kinetik ini akan memecahkan tanah kepada partikel yang lebih kecil

    • C. 

      Satu proses kehilangan air ke atmosfera melalui proses transpirasi dari litupan bumi dan proses sejatan dari permukaan tanih.

  • 4. 
    4 - Proses infiltrasi ialah proses dimana..
    • A. 

      Air yang tidak menyusup masuk akan bergerak mengikut graviti sebagai air larian permukaan.

    • B. 

      wap air, cecair, dan pepejal yang bergerak meninggalkan tanah ke udara dan selanjutnya turun ke tanah dalam bentuk kerpasan.

    • C. 

      Keupayaan air masuk ke dalam lapisan tanah membentuk air bawah tanah.

  • 5. 
    5 - Sejatan adalah proses...
    • A. 

      proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air.

    • B. 

      Kehilangan air melalui liang-liang stoma daun.

    • C. 

      Kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanah dan pepeluhan tumbuhan dalam satu jangka masa yang tertentu dibawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.

  • 6. 
    6 - Proses pemeluwapan ialah proses...
    • A. 

      Dalam proses ini, haba pendam dibebaskan. Titik-titik air akan membentuk awan.

    • B. 

      Proses pintasan litupan bumi terhadap titisan air hujan yang turun ke bumi melalui proses kerpasan

    • C. 

      Yang terbentuk apabila wap air yang terhasil dari proses sejatan berada dalam udara. Perkembangan udara secara adiabatik menyebabkan berlakunya perolakan udara ke peringkat yang lebih tinggi.

  • 7. 
    7 - Air larian ialah..
    • A. 

      Titisan hujan yang jatuh ke permukaan tanah dianggap sebagai satu pukulan kecil ke atas tanah.

    • B. 

      Baki air hujan yang mengalir sama ada diatas permukaan bumi sub-permukaan atau dalam sungai

    • C. 

      Pukulan air yang dihasilkan oleh tenaga keupayaan dan kinetik ini akan memecahkan tanah kepada partikel yang lebih kecil.

  • 8. 
    8 - Apakah yang dimaksudkan dengan akuifer ?
    • A. 

      Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanah akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung air dan membendung air.

    • B. 

      ยท Air yang tidak menyusup masuk akan bergerak mengikut graviti

    • C. 

      Air yang mengalir di permukaan bumi daripada hujan atau kerpasan lain

  • 9. 
    9 - Pintasan atau cegatan silara adalah ?
    • A. 

      Halangan daripada tanah-tanih semasa air menuruni bukit

    • B. 

      tanah yang mengandungi batuan keras dan tidak berongga

    • C. 

      halangan daripada kanopi tumbuhan kepada air hujan yang turun

  • 10. 
    10 - Maksud pemeluwapan ialah ?
    • A. 

      pepeluhan daripada tumbuhan jika tanah itu mengalami lembapan yang optimum.

    • B. 

      Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau cairan salji.

    • C. 

      Kehilangan air melalui liang-liang stoma daun.