Gelombang Cinta Rasulullah

20 Pertanyaan

Settings
Please wait...
Gelombang Cinta Rasulullah

Rasulullah tindak tandukmu menawan hati semua yang melihatmu Semua kau lakukan demi Cinta Yang Agung Kami dapat mengenal dikau sedikit cuma Namun jadikan kami dalam umatmu yang kau cintai


Questions and Answers
  • 1. 
    Apakah nama ibu dan bapa nabi?
    • A. 

      Aminah bt Wahab bin Abdumanaf dan Ahmad bin Abdul Muthalib bin Hasyim

    • B. 

      Halimah al-Sa'diah dan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim

    • C. 

      Aminah Bt Wahab Bin Abdumanaf dan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim

    • D. 

      Halimah al-Sa'diah dan Abdul Mutalib Bin Hasyim Bin Abdumanaf

  • 2. 
    Di desa manakah Rasulullah SAW dibesarkan sehingga baginda berumur 5 tahun?
    • A. 

      Desa Bani Nadhir

    • B. 

      Negeri Thaif

    • C. 

      Desa Bani Sa'ad

    • D. 

      Yathrib

  • 3. 
    Yang berikut adalah isteri-isteri Rasulullah SAW kecuali
    • A. 

      Maisarah

    • B. 

      Sau'dah

    • C. 

      Hafsah

    • D. 

      Maimunah

  • 4. 
    "Aku tidak pernah berhasrat dengan apa yang dilakukan oleh orang jahiliah selain dua kali sahaja..."-Raheeq Makhtum Apakah peristiwa yang menghalang Rasulullah daripada meneruskan hasratnya itu?
    • A. 

      Rasa panas dan keluar daripada majlis

    • B. 

      Ditulikan telinga dan terlena

    • C. 

      Dihalang jalannya oleh lembaga yang besar

    • D. 

      Terjatuh dalam lopak dan kotor bajunya

  • 5. 
    Apakah itu khatam Raslullah SAW
    • A. 

      14 lembar rambut putih (uban) Rasulullah SAW

    • B. 

      Tanda yang Rasulullah buat untuk memberitahu tamatnya bacaan al-Quran

    • C. 

      Bahagian daging yang digemari Rasulullah SAW

    • D. 

      Daging yang menyembul di bahagian belakang Rasulullah di antara bahu baginda

  • 6. 
    Berikut adalah cara tidur Rasulullah kecuali
    • A. 

      Meletakkan tapak tangan kanan di bawah pipi kanan

    • B. 

      Berdoa: "Ya Allah dengan namaMu aku mati dan aku hidup"

    • C. 

      Membaca tiga 'Qul' dan menyapu ke seluruh anggota sebanyak tiga kali

    • D. 

      Tidur dengan bertelentang jika kepenatan

  • 7. 
    Berikut adalah cara makan minum Rasulullah SAW kecuali
    • A. 

      Makan di atas meja

    • B. 

      Makan dengan tiga jari dan menjilatnya setelah selesai

    • C. 

      Meminum air zam zam secara berdiri

    • D. 

      Dahulukan makanan yang dekat

  • 8. 
    Berikut adalah gelaran Rasulullah SAW yang terkenal sama ada diberikan atau disebut Rasullah SAW sendiri dalam hadisnya kecuali
    • A. 

      Al-Mahi

    • B. 

      Al-Hasyir

    • C. 

      Al-Muqaffa

    • D. 

      Al-Wali

  • 9. 
    Tandakan pada penyataan yang benar berkenaan isi khutbah terakhir Rasulullah SAW ketika haji wida' (jawapan lebih daripada satu)
    • A. 

      Bertaqwa kepada Allah dalam menunaikan hak wanita

    • B. 

      Melangsaikan hutang

    • C. 

      Tunaikan solat lima waktu

    • D. 

      Menghormati orang tua

  • 10. 
    Berikut adalah nama-nama anak Rasulullah SAW bersama Saidatina Khadijah RA kecuali
    • A. 

      Ibrahim

    • B. 

      Abdullah

    • C. 

      Ummu Kalsum

    • D. 

      Salamah

  • 11. 
    Ketika Rasulullah SAW masih hidup, baginda sering mendatangi seorang lelaki Yahudi buta dan memberinya makan walaupun  lelaki itu sering mencaci Rasulullah SAW. Siapakah sahabat Rasulullah SAW yang meneruskan perlakuan Rasulullah selepas kewafatan baginda dan menyebabkan lelaki Yahudi itu mengucap syahadah?
    • A. 

      Saidina Uthman Bin Affan

    • B. 

      Saidina Ali Bin Abi Talib

    • C. 

      Saidina Abu Bakr al-Siddiq

    • D. 

      Saidina Abdul Rahman Bin Auf

  • 12. 
    "Daku ini anak kepada dua korban iaitu.."-Rasulullah SAW. Siapakah mereka yang disebut baginda?
    • A. 

      Nabi Yusof AS dan Nabi Ismail AS

    • B. 

      Nabi Ismail dan Hasyim bin Abdu Manaf

    • C. 

      Abdullah Bin Abdul Mutalib dan Aminah Binti Wahab

    • D. 

      Nabi Ismail AS dan Abdullah bin Abdul Mutalib

  • 13. 
    Daripada Ibn Mas'ud dan Anas bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya "Ya Allah Ya Tuhanku perkuatkanlah Islam dengan salah seorang dari tokoh yang tersayang padamu:..." [HR Tirmizi dan At-Tabrani] Tandakan pada dua tokoh yang disebut dalam hadis ini?
    • A. 

      Umar Bin Hisyam

    • B. 

      Khalid Al-Walid

    • C. 

      Umar Bin Al-Khattab

    • D. 

      Ibnu Rabia'ah Bin al-Harith

  • 14. 
    Pilih susunan yang benar tentang perjalanan Israk Mikraj baginda
    • A. 

      Masjid al-Haram->sidratul muntaha->masjid al-Aqsa->bait al-Ma'mur

    • B. 

      Masjid al-Aqsa->bait al-Ma'mur->sidratul muntaha->masjid al-Haram

    • C. 

      Sidratul Muntaha->Bait al-Ma'mur->Masjid al-Aqsa->Masjid al-Haram

    • D. 

      Masjid al-Haram->masjid al-Aqsa->sidratul muntaha->bait al-Ma'mur

  • 15. 
    Berikut adalah penyataan menceritakan tentang peristiwa ghazwah (perang) Badar kecuali
    • A. 

      Diceritakan dalam al-Quran dalam surah ali-Imran ayat 123-127

    • B. 

      Juga diceritakan dalam al-Quran dalam surah al-Imran ayat 139-142

    • C. 

      Berlaku pada 17 Ramadhan 2 Hijrah

    • D. 

      Al-Hubab bin al-Munzir mencadangkan kepada Baginda agar berpindah ke tempat lain yang lebih strategik

  • 16. 
    "Semua nabi pernah ________________. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu." Apakah pekerjaan yang pernah dilaksanakan oleh nabi-nabi yang diutuskan Allah dalam sabda baginda di atas?
    • A. 

      Mengembala kambing

    • B. 

      Berniaga

    • C. 

      Mengubati

    • D. 

      Menyembelih binatang korban

  • 17. 
    Peristiwa-peristiwa tersebut terjadi pada Ghazwah Uhud kecuali
    • A. 

      Berlaku pada 15 Syawal 3 Hijrah

    • B. 

      Tentera Quraisy datang dengan bilangan 1000 orang

    • C. 

      Baginda memilih 50 orang pemanah yang diketuai oleh Abdullah bin Jubair al-Ansori

    • D. 

      Saad bin Abi Waqqas telah memanah pada hari tersebut kira-kira 1,000 anak panah

  • 18. 
    Tandakan penyataan yang salah tentang Zaid Bin Harithah
    • A. 

      Hamba Rasulullah SAW yang dihadiahi Siti Khadijah R.ha

    • B. 

      Menemani baginda ke Thaif

    • C. 

      Memilih untuk tinggal dengan bapanya setelah ditebus

    • D. 

      Berkahwin dengan Ummu Aiman yang mengasuh baginda Rasulullah SAW selepas kematian ibu baginda

  • 19. 
    Jika Rasulullah SAW masih hidup dan berada di hadapan kamu kini, apa yang kamu akan katakan/lakukan untuk baginda SAW?