Bab 1 & 2 : Teknologi DLM P&p

10 Questions | Total Attempts: 76

SettingsSettingsSettings
Bab 1 & 2 : Teknologi DLM P&p - Quiz

Memaparkan soalan-soalan berkaitan teknologi pengajaran dan pembelajaran serta reka bentuk pengajaran


Questions and Answers
  • 1. 
    Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
    • A. 

      Penggunaan pengetahuan bersistematik secara saintifik untuk dijadikan amalan bagi mencapai matlamat atau tujuan

    • B. 

      Keupayaan melakukan perubahan menggunakan pengetahuan secara saintifik dan bersistematik untuk mencapai sesuatu tujuan dan berterusan menjadi amalan

    • C. 

      Keupayaan berfikiran secara sistematik dan diuji secara saintifik bagi mempamerkan amalan yang praktik un yang diguna secara sistematik sehingga mampu al dan melaksana tugas hingga mencapai kejayaan.

    • D. 

      Keupayaan dalam menggunakan pengetahuan sama ada pengetahuan saintifik atau tidak dan diguna secara sistematik sehingga mampu menjadi amalan untuk capai sesuatu tujuan

  • 2. 
    Manakah di antara berikut, BUKAN merupakan kategori pengajaran yang dikemukakan oleh Wan Zah Wan Ali?
    • A. 

      Penyampai Maklumat

    • B. 

      Pemindahan Maklumat

    • C. 

      Mendorong Pengajaran

    • D. 

      Proses membina manusia

  • 3. 
    Dalam Domain Teknologi AECT 1977. apakah peranan  Fungsi Pengurusan Pengajaran?
    • A. 

      Bertanggungjawab menyelaras dan mengawal fungsi pengembangan pengajaran

    • B. 

      Mengadakan penyelidikan mengenai sesuatu isu dan melaksanakan serta menghasilkan sumber

    • C. 

      Menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah ini.

    • D. 

      Menentukan keberkesanan proses-proses dan Pemilihan bahan pembelajaran yang sesuai dan cara penggunaan bahan

  • 4. 
    Manakah di antara berikut bukan merupakan Fungsi Sumber pembelajaran
    • A. 

      Manusia

    • B. 

      Pembinaan bahan

    • C. 

      Teknik

    • D. 

      Peralatan

  • 5. 
    Berikut adalah  peranan dan Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran KECUALI
    • A. 

      Pembelajaran kendiri

    • B. 

      Meningkatkan keberkesanan Pembelajaran

    • C. 

      Peluang belajar kepada semua

    • D. 

      Penyediaan pelbagai gaya pembelajaran

  • 6. 
    Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk pengajaran?
    • A. 

      Satu proses membina pembelajaran mengikut proses tersusun menjurus kepada hasil pembelajaran

    • B. 

      Mencapai objektif melalui pengajaran dan pembelajaran

    • C. 

      Merancang pengajaran dan mendorong penglibatan pelajar

    • D. 

      Kaedah membuat penilaian berasaskan pengajaran dan pembelajaran yang dirancang

  • 7. 
    Ketiga-tiga proses peringkat reka bentuk pengajaran adalah seperti di bawah KECUALI
    • A. 

      Melihat latar belakang pelajar

    • B. 

      Penentuan objektif

    • C. 

      Perancangan pengajaran dan pembelajaran

    • D. 

      Penilaian pengajaran dan pembelajaran

  • 8. 
    Apakah akan terjadi jika guru melaksanakan p&p tanpa perancangan lengkap dan sistematik?
    • A. 

      Menganggu interaksi guru di dalam kelas

    • B. 

      Tidak mencapai keberkesanan dalam pengajaran

    • C. 

      Suasana kelas akan menjadi kelam kabut

    • D. 

      Sasaran pencapaian objektif tidak tersusun

  • 9. 
      Richey (1986) menyenaraikan enam elemen asas reka bentuk pengajaran, apakah elemen yang paling utama.
    • A. 

      Menentukan keperluan pelajar

    • B. 

      Menentukan matlamat dan objektif;

    • C. 

      Mencuba sistem pengajaran

    • D. 

      Menetapkan tajuk dan sasaran

  • 10. 
    Dalam Model ASSURE, apakah perkara yang perlu diambilkira selepas penentuan sesuatu objektif?
    • A. 

      Membina prosedur penilaian

    • B. 

      Membuat analisis terhadap pelajar

    • C. 

      Memilih bahan yang sesuai

    • D. 

      Mendorong penyertaan pelajar

Back to Top Back to top